Page 241 - e Prosiding Serai 2021
P. 241

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Prinsip ‘bunyi sebelum simbol’ juga ditegaskan oleh seorang tokoh pendidik muzik
               Gordon. Beliau menggariskan proses pembelajaran muzik harus dimulakan dengan imitasi

               bunyi irama, sebelum melabelkan irama yang didengar dengan sebutan berkaitan (Gordon,
               2003).  Proses  yang  diamalkan  mementingkan  pendengaran  dan  pemahaman  secara
               dalaman terhadap muzik, iaitu proses bermula dengan bunyi dan bukan dengan nilai-nilai

               notasi muzik secara teori. Seorang tokoh pendidik muzik Kodaly juga menegaskan terhadap
               pendengaran dalaman. Beliau percaya ia dapat menghubungkait simbol notasi muzik dengan

               bunyi melalui visual dan audio (Choksy, 1999).
                       Setelah mengambilkira falsafah tokoh-tokoh muzik yang meneguhkan prinsip ‘bunyi
               sebelum simbol’, pendengaran dalaman, imitasi bunyi dan hubungan bunyi dengan simbol,

               konsep verbalisasi simbol dapat disimpulkan. Demi menghasilkan sistem silabik irama yang
               holistik, silabik ditentukan khas agar ia bukan sahaja membantu dalam pembelajaran irama,

               malah  berkebolehan  dalam  konteks  pemahaman  detik.  Maka  dengan  itu  kerangka  teori
               berikut dihasilkan (Rajah 1).










































               Rajah 1.
               Kerangka Teori
               _____________
               1  Sistem Silabik Irama Takateke telah difailkan hakcipta di bawah Akta Hakcipta 1987
                 dengan nombor 201604150901.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                223
   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246