Page 250 - e Prosiding Serai 2021
P. 250

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               menggunakan PPM iaitu komponen komunikasi, komponen alat kandungan dan komponen
               alat penilaian (Nurun Najwa Mohammad Mustafa et al., 2021).

                       PPM Google Classroom (GC) dipilih kerana didapati mudah, mesra pengguna dan
               guru sudah biasa menggunanya (Noor Desiro Saidin & Hazrati Husnin, 2021). Penggunaan
               PPM  didapati  meningkatkan  motivasi  dan  tahap  pencapaian  murid  dalam  subjek  Bahasa

               Melayu (Muhammad Sabiq Mohd Noor et al., 2020). Begitu juga kajian yang dilaporkan oleh
               Yusliza  Mohamad  Ali  (2015)  memberi  bukti  PPM    meningkatkan  pencapaian  penulisan

               karangan murid-murid. Kajian yang dilakukan oleh Irma Mahad et al. (2021) mendapati murid-
               murid berasa seronok dan lebih bermotivasi walaupun belajar secara maya menggunakan
               GC, telegram dan whatsapp.

                       Sungguhpun PPM memberi banyak manfaat namun terdapat juga guru tidak yakin
               untuk  mengajar  menggunakan  GC  ketika  mengajar  secara  dalam  talian  (Ana  Haziqah  A.

               Rashid et al., 2021).  Selain itu, terdapat juga masalah guru belum mahir lagi dengan ciri-ciri
               yang ada dalam GC (Maheran Zakaria et al., 2021). Selain itu, faktor lemahnya penggunaan
               teknologi maya ialah kerana faktor sikap guru (Feng et al., 2021). Kajian Siti Salwa Atan dan

               Jamaludin Badusah (2013) melaporkan sikap guru Bahasa Melayu yang positif dan terbuka
               membolehkan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan Google Plus. Masalah yang paling
               penting ialah penggunaan PPM dalam kalangan guru masih rendah (Noor Lela Ahmad et al.,

               2021). Oleh itu, isu  penerimaan guru terhadap PPM perlu dikaji (Noor Desiro Saidin & Hazrati
               Husnin, 2021). Hal ini kerana walau sebaik manapun PPM sekiranya guru tidak atau kurang
               menggunakannya perlu dikaji sebabnya.

                       Bertitik tolak daripada masalah tersebut maka kajian ini memberi fokus pada faktor-
               faktor yang mempengaruhi penerimagunaan PPM. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor sikap,

               faktor persepsi kebergunaan dan faktor persepsi mudah guna sebagai pemboleh ubah bebas.
               Manakala, pemboleh ubah bersandar ialah penerimagunaan. Kajian ini menggunakan  Model
               Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model -TAM) yang dipelopori oleh (Davis,

               1989)  sebagai model kajian.

               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian ini menggunakan guru-guru Bahasa Melayu sebagai responden kajian. Guru-guru yang

               dipilih secara rawak mengajar di sekolah menengah harian di Selangor. Penyelidik memilih
               guru sekolah menengah kerana kurang kajian mengenai penggunaan teknologi dari sekolah
               menengah (Maimun Aqsha Lubis et al., 2017; Raman & Abdul Halim Mohamed, 2013). Semua

               guru yang berpengalaman dengan PPM adalah berpeluang untuk dipilih sebagai responden
               kajian.

                       Sejumlah  29  item  telah  digunakan  sebagai  instrumen  kajian.  Instrumen  persepsi


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                232
   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255