Page 248 - e Prosiding Serai 2021
P. 248

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                     FAKTOR-FAKTOR  MEMPENGARUHI PENERIMAGUNAAN  PERSEKITARAN
                       PEMBELAJARAN MAYA DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU

                                                1
                                                                        2
                   Zanariah binti Hamid (PhD) , Rosnawati binti Sa’ad  dan Norziaton binti Hamid     3

                                    1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
                                3 Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Methodist 1 (Melaka)
                                            zanariah.hamid@ipgkbm.edu.my



                                                       ABSTRAK



               Bahasa  Melayu  diangkat  sebagai  bahasa  pengantar  utama  di  institusi  pendidikan  dan
               berupaya menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti ekonomi, sejarah, agama, sains

               dan  sebagainya.    Ketika  pandemik  COVID-19,  guru-guru  waima  guru  Bahasa  Melayu
               menggunakan pelbagai medium dalam talian untuk mengajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan
               untuk mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi kejayaan penerimagunaan Persekitaran

               Pembelajaran Maya dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Sebanyak 400 orang guru dari 69
               buah  sekolah  menengah  harian  di  Selangor  terlibat  sebagai  responden.  Kajian  ini  ialah
               penyelidikan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Data kajian dikumpulkan melalui

               soal  selidik  yang  dijawab  oleh  responden  kajian.  Data  kuantitatif  dianalisis  dengan
               menggunakan perisian PLS-SEM versi 3.2.7. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor sikap,
               faktor  mudah  guna  dan  faktor  kebergunaan  menunjukkan  hubungan  yang  signifikan  dan

               positif  terhadap  penerimagunaan  Persekitaran  Pembelajaran  Maya.  Implikasi  kajian
               menunjukkan  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM)  perlu  mengatur  strategi  berkesan

               dalam memastikan kejayaan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya dalam proses
               pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu di sekolah.


               Kata  kunci:  penerimagunaan,  Persekitaran  Pembelajaran  Maya,  Guru  Bahasa  Melayu,
               Permodelan Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM)


               PENGENALAN

               Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan

               bermula daripada perakuan yang terdapat dalam Penyata Razak (1956) dan diteruskan dalam
               Akta Pelajaran 1961 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Keupayaan bahasa Melayu
               tidak boleh dipertikai kerana berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telah meluas digunakan

               sebagai  bahasa  antarabangsa.  Kajian  yang  dilakukan  oleh  Hashim  Musa  et  al.  (2014)
               mendapati bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di rantau Asia Tenggara pada zaman
               empayar Sriwijaya sejak abad ketujuh masihi sehingga abad ke-19 masihi (melebihi 1000



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                230
   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253