Page 252 - e Prosiding Serai 2021
P. 252

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Nota: (λ) = faktor beban, (α) = Cronbach alpha, (CR) = Kebolehpercayaan komposit,
                        (AVE) = purata varian terekstrak

                       Kebolehpercayaan  bermaksud  skor  yang  diperoleh  daripada  instrumen  stabil  dan
               konsisten (Creswell, 2014). Berdasarkan Jadual 1.1, instrumen kajian ini didapati mempunyai

               tahap  kebolehpercayaan  ketekalan  dalaman  yang  tinggi  apabila  pekali  Alpha  dan
               kebolehpercayaan komposit memperoleh nilai 0.7 seperti yang disyaratkan oleh Nunally dan

               Bernstein (1994). Manakala untuk kesahan menumpu didapati  kesemua item telah memenuhi
               syarat yang ditetapkan oleh Fornell dan Larcker (1981) apabila mempunyai nilai Purata Varian
               Terekstrak melebihi 0.5 dan nilai kebolehpercayaan komposit melebihi 0.7. Beberapa item

               seperti  PMG2,  PMG5,  PMG6  dan  PKB5  telah  digugurkan  kerana  mempunyai  nilai  faktor
               beban yang kurang daripada 0.9 (Hair et. al, 2017).

                       Kesahan pembeza (discriminant validity) bermaksud sejauh mana sesuatu pemboleh
               ubah itu benar-benar berbeza berbanding pemboleh ubah lain dalam model. Untuk kajian ini
               kesahan pembeza melalui aplikasi Smart PLS diuji melalui kriteria Fornell Larcker dengan

               membandingkan punca kuasa nilai AVE dengan korelasi pemboleh ubah pendam (Fornell dan
               Larcker,  1981).  Jadual  1.2    menunjukkan  konstruk  kajian  berbeza  antara  setiap  konstruk
               apabila nilai punca kuasa (AVE) setiap pemboleh ubah lebih tinggi daripada nilai korelasi

               pemboleh ubah berkenaan dengan pemboleh ubah yang lain. Oleh itu, setiap pemboleh ubah
               ini berbeza antara satu sama lain.


               Jadual 1.2
               Kesahan Pembeza Punca Kuasa AVE
                                    Penerimagunaan  Persepsi              Persepsi Mudah  Sikap
                                                       Kebergunaan        Guna

                Penerimagunaan      0.787
                Persepsi            0.583              0.761
                Kebergunaan
                Persepsi Mudah
                Guna                0.676              0.383              0.723
                Sikap               0.430              0.236              0.217             0.761


                       Setelah  model  pengukuran  kajian  ini  telah  mempunyai  kesahan  dan
               kebolehpercayaan  yang  ditetapkan,  penyelidik  meneruskan  kajian  dengan  melaksanakan

               penilaian model struktural untuk menjawab fokus kajian. Berdasarkan Jadual 1.3, didapati nilai
               pekali laluan (β) untuk faktor persepsi kebergunaan (β) =0.336, t = 9.155, p < 0.05), sikap (β)

               =0.494, t = 13.404, p < 0.05) dan faktor persepsi mudah guna (β) =0.243, t = 8.012, p < 0.05)
               mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan penerimagunaan PPM. Persepsi
                                                                2
                                                                                 2
               mudah  guna  didapati  mempunyai  saiz  kesan  (f )  yang  besar  (f  =  0.56)  terhadap  PPM.
               Sebaliknya, faktor sikap (f = 0.15) dan faktor persepsi kebergunaan mempunyai saiz kesan
                                         2
               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                234
   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257