Page 399 - e Prosiding Serai 2021
P. 399
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
penggunaan papan putih interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid tahun 3 secara signifikan
berbanding kaedah konvensional. Justeru, sekolah perlu mula lebih proaktif bagi memastikan
setiap bilik darjah dilengkapi dengan papan putih interaktif dan seterusnya memastikan guru
menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu dapatan kajian Ibrahim Mohamed (2014) pula mendapat hasil dapatan
yang agak berbeza. Beliau telah menjalankan satu kajian tentang cabaran yang dialami oleh
guru apabila menggunakan papan putih interaktif dalam kelas bahasa Inggeris. Dapatan
kajian beliau telah menunjukkan bahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh guru
apabila menggunakan papan putih interaktif. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah guru
kurang mahir menggunakan komputer, ketidakfahaman mengenai matlamat sekolah dan
murid lebih mahir dalam penggunaan teknologi berbanding guru mereka. Selain itu Burcu
Turan (2014) pula melaksanakan kajian tentang penggunaan papan putih pintar dalam
pengajaran Matematik untuk melihat kesan penggunaan watak kartun kepada kejayaan
murid. Hasil dapatan kajian telah mendapati bahawa kejayaan murid dalam kumpulan
eksperimen lebih tinggi berbanding kejayaan murid dalam kumpulan kawalan.
Kajian berkaitan dengan amalan pembelajaran koperatif dalam kalangan guru-guru
mata pelajaran teknik dan vokasional di tiga buah sekolah teknik di Selangor telah dijalankan
oleh Yahaya, Sihes dan Ghazali (2001). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau
amalan pembelajaran koperatif di sekolah menengah teknik tempatan. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa responden sedikit sebanyak mengamalkan kaedah pembelajaran
koperatif namun terdapat beberapa faktor yang memberi kesan negatif terhadap pengamalan
pembelajaran koperatif seperti kekangan masa dan sikap pelajar di sekolah tersebut. Kajian
turut mendapati sikap guru terhadap pembelajaran koperatif di dalam kelas adalah positif.
Manakala Hamzah dan Mohamad Nasri (2020) turut mengkaji berkaitan dengan
keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap motivasi pembelajaran murid. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji pola kajian keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap motivasi
pembelajaran mruid dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Hasil
daripada 18 kajian yang dilakukan dari tahun 2014 sehingga 2019 mendapati hanya 8 kajian
mempunyai saiz kesan terhadap motivasi pembelajaran murid. Kajian mendapati
pembelajaran koperatif Berjaya meningkatkan motivasi murid berbanding dengan kaedah
pembelajaran tradisional.
Azizi et.al (2011) melalui kajiannya tentang faktor yang mempengaruhi amalan
pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar tingkatan dua di sebuah Maktab Rendah
Sains Mara mendapati faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap
amalan pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar. Kajian tentang pembelajaran
koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu menengah atas dilaksanakan oleh
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 381

