Page 398 - e Prosiding Serai 2021
P. 398
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kelompok kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif mampu untuk dibentuk apabila pelajar-
pelajar bekerja secara berpasukan, saling berkongsi idea, bertanggungjawab dalam
menentukan kejayaan diri dan kumpulan serta saling membantu. Interaksi guru dan pelajar
akan diminimumkan semasa tugasan berkumpulan djalankan. Bagi menggalakkan senario
pembelajaran yang aktif di dalam bilik darjah pembelajaran koperatif mampu untuk
meningkatkan motivasi pelajar semasa proses pembelajaran dilaksanakan.
KAJIAN LITERATUR
Kajian terkini mengenai aplikasi Jamboard yang dijalankan oleh Melvin Chung Hui Ching
(2021) membincangkan tentang Tahap Penerimaan Google Jamboard sebagai Alat Digital
dalam E-Pembelajaran: Satu Kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan dan
penggunaan alat digital iaitu Google Jamboard adalah sesuai ketika melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian atau menerusi e-pembelajaran. Hal ini
dapat dilihat daripada data tinjauan dan temu bual yang telah dilaksanakan. Data kajian
tinjauan menunjukkan bahawa responden sangat positif terhadap penggunaan dan
penerimaan Google Jamboard, khususnya ketika melaksanakan aktiviti secara berkumpulan.
Malah, data temu bual turut menunjukkan bahawa tahap penerimaan responden terhadap
penggunaan Google Jamboard adalah positif. Justeru, Google Jamboard adalah sesuai untuk
dijadikan sebagai salah satu alat digital dalam e-pembelajaran dan pada masa yang sama
dapat memenuhi tuntutan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan kreativiti, komunikasi
dan literasi teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) pelajar serta pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar agar proses pembelajaran yang dialami oleh pelajar
lebih bermakna.
Selain itu, kajian Smart Board dalam pengajaran Matematik untuk meningkatkan
pembelajaran pelajar dijalankan oleh Spears (2011). Hasil kajian beliau mengesahkan
bahawa penggunaan teknologi di dalam bilik darjah boleh meningkatkan pembelajaran
pelajar. Hasil kajian ini disokong oleh kajian eksperimental tentang integrasi antara teknologi
dan model pembangunan profesional, pencapaian pra-algebra dan skor kecekapan guru
menggunakan papan putih pintar bertujuan untuk mengkaji integrasi antara teknologi dengan
Model Pembangunan Profesional dan memfokuskan penggunaan papan putih pintar untuk
meningkatkan pencapaian pra-algebra. Hasil kajian telah menunjukkan intervensi
meningkatkan skor Matematik pelajar dan skor kecekapan guru menggunakan papan putih
pintar antara ujian pra dan ujian pos (Minor et al.,2013)
Di samping itu kajian berkenaan Keberkesanan Penggunaan Papan Putih Interaktif
dalam Pembelajaran Bahasa Malaysia Dalam Kalangan Murid Tahun 3 turut dijalankan oleh
Khor Huan Chin, Noraini Mohamed Noh (2016). Dapatan kajian menunjukkan bahawa
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 380

