Page 402 - e Prosiding Serai 2021
P. 402

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Jadual  3:  Analisis Unit Pengajian Responden

                            Unit                        Bilangan                       Peratus


                       Pendidikan Islam                   26                           23.2

                       Pengajian Melayu                   56                           50.0

                             TESL                          8                            7.1

                             RBT                          17                           15.2

                            Sejarah                        5                            4.5

                            Jumlah                        112                          100



                Jadual  3, menunjukkan bilangan unit responden. Jumlah bilangan responden adalah 112

                orang. Dari jumlah ini seramai 26 orang (23.2%) adalah dari unit Pendidikan Islam manakala
                56 orang (50.0%) adalah dari unit Pengajian Melayu. Diikuti oleh 8 Orang (7.1%) dari unit
                TESL, dari unit RBT seramai 17 orang (15.2%) dan dari unit Sejarah seramai 5 Orang (4.5%)


               OBJEKTIF KAJIAN

               Secara umum, kajian ini untuk mengenal pasti pembelajaran koperatif pelajar pismp dalam

               penggunaan aplikasi jamboard. Secara spesifik, kajian ini melihat penerapan elemen
               pembelajaran koperatif dalam pembelajaran:


                   1.  Mengenal pasti elemen pembelajaran koperatif dalam aspek menghormati pendapat
                       rakan dan hak milik bersama.
                   2.  Mengenal  pasti  kebergantungan  positif  terhadap  rakan  dan  dirinya  sendiri  serta

                       mengenal pasti penyertaan sama rata apabila melibatkan diri dalam setiap langkah
                       pembelajaran koperatif.
                   3.  Sejauh manakah pelajar terlibat dalam pembelajaran koperatif semasa menggunakan

                       aplikasi Jamboard.



               DAPATAN KAJIAN

               Aspek pembelajaran koperatif dalam penggunaan  aplikasi Jamboard bagi siswa guru, IPG

               Kampus  Sultan  Mizan  Ambilan  Jun  2020  semasa  pdpr.  Sebanyak  empat  item  disediakan
               untuk aspek ini. Dapatan dan analisis kajian ditunjukkan seperti dalam Jadual 4 di bawah:






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                384
   397   398   399   400   401   402   403   404   405   406   407