Page 394 - e Prosiding Serai 2021
P. 394

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PERBINCANGAN

               Tahap  kemahiran  profesionalisme  yang  tinggi  menunjukkan  bahawa  pensyarah  IPGKDRI

               kompeten dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Namun, pensyarah masih
               lagi memerlukan latihan mendepani cabaran dalam pengurusan emosi.  Ini kerana bebanan

               dan tuntutan  kerja yang semakin bertambah dalam keadaan VUCA situasi pandemik sedikit
               sebanyak memberi tekanan emosi kepada pensyarah.  Laporan WHO (2020)  menunjukkan
               pandemik Covid-19 memberi kesan kepada sosio emosi kerana tekanan kerja dalam situasi

               normal  baharu.    Kajian  oleh  TSIS(2020)  mendapati  Pandemik  Covid-19    mengganggu
               kesejahteraan mental dan emosi,  maka sokongan psikososial perlu sentiasa tersedia untuk
               diberikan kepada mereka yang memerlukan.

                       Pensyarah  IPG  juga  masih  memerlukan  latihan  yang  membolehkan  mereka
               melibatkan  diri  dalam  program  yang  berkait  dengan  penglibatan  dan  pekhidmatan  seperti
               membina  jaringan  kepakaran  dengan  pihak  di  luar  organisasi,  membuat  perkongsian  dan

               menjadi pakar rujuk kepada pihak lain.  Berdasarkan nilai TOV dalam Buku Perancangan
               Straregik IPGKDRI (2021-2025), penglibatan pensyarah  hanya 30 peratus sahaja.  Kajian ini

               memberi  implikasi  kepada  perancangan  dan  pelaksanaan  program  Pembangunan
               Profesionalisme Berterusan untuk tahun-tahun akan datang bukan sahaja berdasarkan aktiviti
               berdasarkan domain PPB malah program dalam membina jaringan profesional yang lebih

               luas.

               RUMUSAN


               Walaupun  tahap  kemahiran  profesionalisme  pensyarah  IPGKDRI  adalah  dalam  kategori
               berada pada tahap Sangat Tinggi, pensyarah masih lagi perlukan latihan untuk meningkatkan
               dan  menyegarkan  kembali  pengetahuan  dan  kemahiran.  Keperluan  pembangunan

               profesionalisme berterusan ini merupakan satu bentuk pembelajaran sepanjang hayat yang
               wajar  diamalkan  oleh  warga  pendidik  kerana  dunia  pada  hari  sangat  cepat  berubah  dan

               kadangkala  berada  dalam keadaan ketidaktentuan.  Program  pembangunan  berterusan  ini
               boleh dijadikan satu platform kepada pensyarah-pensyarah di IPG untuk meningkatkan ilmu
               dan kecekapan bekerja bagi memenuhi tuntutan semasa.



               RUJUKAN

               Buku  Perancangan  Stratgeik  (2021-2025)  IPG  Kampus  Dato’  Razali  Ismail,  Kuala  Nerus,
                     Terengganu

               Buku Perancangan Tahunan 2021 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu

               Dokumen  Awal  Pelan  Induk  Pembangunan  Profesionalisme  Keguruan,  (2016)  Bahagian
                     Pendidikan Guru



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                376
   389   390   391   392   393   394   395   396   397   398   399