Page 396 - e Prosiding Serai 2021
P. 396
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGGUNAAN
APLIKASI JAMBOARD SEMASA PDPR
Azrizan binti Abu Bakar , Nik Rosli bin Ibrahim , Ruziman bin Omar ,
1
1
1
1
Fuadi bin Abd Razak , Nik Amani Nasrin bt Nik Rosli 2
2
1 IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, Universiti Malaysia Sarawak
azrizan@ipgmksm.edu.my
ABSTRAK
Pengaplikasian sesi pengajaran dalam talian merupakan norma baharu yang perlu dilalui oleh
pendidik dan pelajar bagi semua institusi Pendidikan. Pengajaran dalam talian menuntut
kreativiti dan kemahiran menggunakan aplikasi terkini bagi membolehkan situasi
pembelajaran seolah-olah seperti bersemuka tanpa menghadkan penyertaan aktif pelajar
selaras dengan hasrat dalam Pembelajaran abad ke-21. Perbincangan secara koperatif yang
meliputi elemen menghormati, hak milik, kebergantungan positif, penyertaan sama rata dan
juga student- centred ini membolehkan pelajar untuk berhubung secara aktif semasa sesi
pengajaran. Hasrat ini tetap perlu dilunaskan walaupun aktiviti pengajaran perlu dijalankan
atas talian akibat pendemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia. Golongan pendidik perlu
mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran atas talian bagi mencapai hasrat tersebut.
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek pembelajaran koperatif dalam penggunaan
aplikasi Jamboard dalam mewujudkan situasi interaktif di dalam kelas maya bagi siswa guru
di IPG Kampus Sultan Mizan. Kajian ini melibatkan seramai 112 orang responden yang terdiri
daripada 46 orang lelaki dan 66 orang pelajar perempuan Program Sarjana Muda Perguruan
dan Diploma Perguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Kajian ini berbentuk
deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur
aspek kesediaan belajar. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.88.
Keseluruhannya tahap kemahiran siswa guru Major Bahasa Melayu Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda IPG Kampus Sultan Mizan berada pada tahap sederhana. Skor min bagi
aspek aplikasi iaitu Kemahiran penggunaan Jamboard ialah 3.09 (SP=0.58), Aspek menarik
minat dengan minnya 2.94 (SP=0.66) dan aspek pembelajaran koperatif dengan nilai min 3.06
(SP= 0.57). Dapatan kajian menunjukkan konsep pengajaran abad ke-21 dalam strategi
pengajaran dengan mengaplikasikan penggunaan Jamboard dengan penerapan nilai
koperatif dalam era pendemik Covid 19 mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar
terutama dari segi kolaborasi antara pelajar dengan pelajar dan juga pelajar dengan
pensyarah.
Kata kunci: Jamboard, Pembelajaran koperatif, PdPR, kesediaan dan interaktif.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 378

