Page 407 - e Prosiding Serai 2021
P. 407

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                     lebih kreatif dan menarik”.
                     (Pelajar A)


               Jelas penggunaan jamboard dalam pdpr disamping dapat meningkatkan penguasaan bahasa,

               ia juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam menyampaikan buah fikiran mereka secara
               kreatif tanpa terikat. Pelajar akan dapat mempelajari bagaimana untuk menerima pendapat
               orang lain. Ini menunjukkan bahawa penggunaan jamboard dalam pengajaran akan memberi

               kepuasan kepada pelajar dalam menerima pendapat orang lain. Dari situ akan mewujudkan
               saling hormat menghormati serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

               bermakna. Motivasi kendiri turut dapat ditingkatkan dengan adanya sikap seperti ini.

               Hak milik bersama


               Di samping itu, dapatan juga menunjukkan pembelajaran koperatif dalam aspek hak milik

               bersama dilaksanakan dengan penggunaan Jamboard, seperti penyataan berikut:
                     “Penggunaan jambord dapat menerapkan elemen kreatif dalam sesi PdPR. Selain
                     itu,  ia  juga  merangsang  pelajar  untuk  lebih  aktif  di  dalam  kelas  PdPR  dan

                     berkolaboratif sesama mereka untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Hal ini
                     secara  tidak  langsung  telah  mewujudkan  sesi  pembelajaran  koperatif  semasa

                     PdPR”.                                                                                                     (Pelajar B)

               Penggunaan  aplikasi  terkini  seperti  Jamboard  dalam  pdpr  akan  dapat  meningkatkan

               keberkesanan  pembelajaran.  Penggunaan  teknologi  ini  mampu  menggalakkan  atau
               menggerakkan setiap deria pelajar untuk terlibat sama dalam proses pembelajaran. Setiap
               pelajar  memahami  tanggungjawab  mereka  ketika  penggunaan  jamboard  dan  dapat

               memberikan sumbangan yang maksimum semasa menggunakan kaedah ini. Pelajar sentiasa
               bekerjasama secara berkumpulan yang utuh dalam menyiapkan setiap aktiviti yang dirancang

               oleh guru. Secara tidak langsung setiap matlamat dalam kumpulan berdasarkan aktiviti yang
               dirancang dapat dicapai dengan amat cemerlang.


               Kebergantungan positif


               Seterusnya,  kebergantungan  positif  merupakan  salah  satu  aspek  pembelajaran  koperatif
               yang dilaksanakan semasa menggunakan aplikasi Jamboard, seperti yang berikut:


                     “Pemikiran pelajar lebih terbuka berbanding hanya menerima maklumat semata-
                     mata daripada guru.”                                                                 (Pelajar C)


                     “Jamboard banyak membantu saya dalam melakukan setiap tugasan terutamanya
                     yang melibatkan secara kumpulan. Jamboard amat membantu untuk digunakan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                389
   402   403   404   405   406   407   408   409   410   411   412