Page 408 - e Prosiding Serai 2021
P. 408

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                     kepada murid lagi2 bila musim pdpr ni. Jimat masa dan kolaboratif tu memang
                     dapat dipupuk bila guna jamboard ni”.                                              (Pelajar A)


                     “Bagi pendapat saya, aplikasi jamboard ini mampu kolaboratif kerana saya dan

                     rakan  -  rakan  sekelas  berkebolehan  untuk  berinteraksi  bersama  -  sama  bagi
                     menghasilkan suatu tugasan secara berkumpulan dengan baik. Malah jamboard
                     juga menyediakan pelbagai kemudahan yang menarik seperti pemilihan gambar

                     serta pemilihan tekstur bentuk dan rupa yang menjadikan hasil kerja itu menjadi
                     lebih menarik dan kreatif”.                                                                       (Pelajar B)


               Dapatan ini mendapati keupayaan pelajar menjadi lebih bernilai dan terserlah. Ini kerana sikap
               positif  dalam  diri  sendiri  tertanam  dengan  baik  apabila  menggunakan  aplikasi  jamboard.

               Selain  itu,  pelajar  juga  menunjukkan  sikap  positif  kepada  rakan.  Ini  kerana  jamboard
               memerlukan  pelajar  berkolaborasi  dengan rakan  untuk  mencapai  matlamat  pembelajaran.
               Kebergantungan antara satu sama lain ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran akan

               lebih bermakna dan mencapai matlamat sebagaimana yang hasratkan.


               Penyertaan sama rata


               Dapatan terakhir yang berkait dengan aspek pembelajaran koperatif ialah penyertaan sama
               rata dalam penggunaan aplikasi Jamboard semasa pdpr dijalankan.
                    “Jamboard  boleh  meningkatkan  kolaboratif  kerana  saya  dan  rakan-rakan  dapat

                    menyuarakan idea masing-masing walaupun berada pada lokasi berbeza”.
                    (Pelajar A)


                    “Wah  bestnya.    Penggunaan  jamboard  sangat  membantu  saya  dalam
                    meningkatkan 'daya pemikiran diri serta memberikan saya lebih pemahaman dalam

                    PdPR disamping ia tidak membosankan ”.                                           (Pelajar B)

                    “Penggunaan jamboard sangat menarik kerana memberi peluang kepada setiap

                    peserta  untuk  mengambil  bahagian  setiap  aktiviti  yang  dilaksanakan.  Jamboard
                    juga boleh dijadikan medium interaktif yg berkesan antara guru dengan pelajar”.

                       (Pelajar c)

               Penglibatan pelajar semasa menggunakan Jamboard menjadi lebih bermakna dan sistematik

               dengan  pembelajaran  koperatif.    Setiap  pelajar  mempunyai  peluang  yang  sama  semasa
               menggunakan  Jamboard. Semua pelajar tidak dipinggirkan. Tiada sesiapa pun yang akan
               terpinggir  dalam  menjalankan  aktiviti  dengan  menggunakan  jamboard.  Pelajar




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                390
   403   404   405   406   407   408   409   410   411   412   413