Page 409 - e Prosiding Serai 2021
P. 409

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               berkemampuan dan berpeluang menunjukkan kemampuan mereka dalam melahirkan idea
               dan  pendapat  tanpa  sekatan.  Idea-idea  yang  dikemukakan  akan  dapat  dikongsi  bersama

               rakan-rakan.



               PERBINCANGAN

               Dapatan  kajian  ini  menunjukkan  bahawa  siswa  guru  mempunyai  sikap  menghormati

               pandangan sesama rakan semasa menggunakan aplikasi Jamboard melalui sesi pengajaran.
               Ini  adalah  kerana  melalui  perkongsian  papan  putih  dalam  Jamboard,  siswa  guru  dapat
               meningkatkan  kemahiran  interpersonal  di  samping  saling  menghormati  pandangan  rakan

               sewaktu  sesi  pengajaran  dijalankan.  Bukan  itu sahaja,  siswa  guru juga  dapat menambah
               kemahiran diri secara individu dengan memberi sumbangan dalam penghasilan kerja yang

               dilakukan secara bersama melalui aplikasi Jamboard ini.

               Sesi  pengajaran  melalui  aplikasi  Jamboard  ini  juga  dapat  mengukuhkan  aspek  hak  milik

               bersama  yang  merupakan  antara  ciri  penting  dalam  pembelajaran  koperatif.  Melalui
               penggunaan  Jamboard,  siswa  guru  mampu  memahami  tanggungjawab  kendiri  dalam
               memberikan sumbangan sewaktu sesi PdPR berlangsung. Keadaan ini bersesuaian dengan

               adanya perasaan menghargai hak pemilikan bersama apabila satu papan putih Jamboard
               mewakili satu kumpulan yang dianggotai oleh mereka.  Hasrat pembelajaran koperatif ini juga

               dapat terlaksana apabila siswa guru mampu bekerjasama semasa menyiapkan aktiviti PdPR
               secara berkumpulan melalui Jamboard. Secara tidak langsung aktiviti PdPR menjadi lebih
               aktif, berfokus dan bermakna apabila aktiviti dapat dijalankan secara bersama melalui satu

               platform. Bukan itu sahaja siswa guru juga bersetuju bahawa melalui penggunaan aplikasi
               Jamboard ini turut menjadikan perkongsian idea yang lebih aktif dan kreatif melalui aktiviti
               kerjasama dalam kumpulan berbanding dengan menyiapkan kerja secara individu.


               Kajian  ini  juga  menunjukkan  siswa  guru  mempunyai  sikap  kebergantungan  positif  melalui
               aktiviti pengajaran yang dijalankan melalui aplikasi Jamboard ini. Kenyataan ini dikukuhkan

               dengan  pendapat  siswa  guru  yang  menyatakan  bahawa  aplikasi  Jamboard  ini  membantu
               mereka dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan melalui perbincangan secara
               kumpulan. Sementelah sesi pengajaran yang terpaksa dilaksanakan secara dalam talian kini

               menuntut kerjasama antara siswa guru menggunakan satu platform yang berkesan dalam
               menyampaikan dan berkongsi maklumat.


               Siswa guru turut mengakui bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
               aplikasi  Jamboard  mampu  menjana  pemikiran  yang  lebih  terbuka  yang  boleh  dikongsi

               bersama  rakan  berbanding  hanya  menerima  maklumat  semata-mata  daripada  tenaga


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                391
   404   405   406   407   408   409   410   411   412   413   414