Page 413 - e Prosiding Serai 2021
P. 413
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENDEDAHAN KEMAHIRAN ASAS UNIT BERUNIFORM MENGGUNAKAN PADLET
DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP AMBILAN JUN 2019
1
Norsiah Bahari dan Kristil Tan Ai Teng 2
1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
1 9m2nor@edidik.edu.my
2 kristiltan@gmail.com
ABSTRAK
Kokurikulum unit beruniform merupakan aktiviti yang boleh memberikan banyak kemahiran
kepada para pelajar. Namun akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk
mencegah penularan pandemik dan bertujuan memutuskan rantaian Covid-19, pengajaran
dan pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan. Ini menyebabkan alternatif lain
secara dalam talian seperti aplikasi Padlet terpaksa digunakan untuk memastikan kemahiran
dalam unit beruniform dapat diberikan kepada pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau
tahap persepsi pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka terhadap
aplikasi Padlet sebagai satu media pengajaran dan pembelajaran dalam membantu pelajar
untuk mengetahui, memahami dan menguasai serta memperkembangkan ilmu dan
kemahiran asas bagi kursus Unit Beruniform (MPU3062). Seramai 37 orang pelajar Program
Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2019 telah menjadi responden dalam kajian
ini. Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah tinjauan kuantitatif. Instrumen yang digunakan
ialah borang soal selidik dan hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) versi 22.0 untuk mendapatkan statistik
deskriptif min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa secara keseluruhan
penggunaan aplikasi Padlet dalam mendedahkan kemahiran asas unit beruniform (UB) di
kalangan pelajar PISMP Ambilan Jun 2019 berada pada tahap tinggi (min = 4.75, SP = 0.45).
Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan aplikasi Padlet dapat meningkatkan kemahiran-
kemahiran asas unit beruniform para pelajar. Justeru, penggunaan aplikasi Padlet sebagai
media e-pembelajaran adalah berpotensi dan bersesuaian serta wajar dilaksanakan bagi
kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan di institusi.
Kata Kunci: Padlet, Kemahiran Asas, Unit Berunform
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 395

