Page 418 - e Prosiding Serai 2021
P. 418

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                      Hasil  analisis  ditafsir  dan  dibincang  bagi  mendapatkan  gambaran  keberkesanan
               penggunaan Padlet dalam membantu pelajar mengetahui, memahami dan menguasai serta

               memperkembangkan ilmu dan kemahiran asas unit beruniform.



               DAPATAN KAJIAN

               Kajian  ini  menunjukkan  item  memperolehi  nilai  alpha  0.82,  iaitu  berada  pada

               kebolehpercayaan  yang  baik  dan  boleh  diterima.  Hasil  analisis  (Jadual  2.0)  menunjukkan
               bahawa secara keseluruhannya min keseluruhan bagi kajian ini adalah sebanyak 4.75 dengan
               sisihan  piawai  bernilai  0.45.  Ini  menunjukkan  bahawa  nilai  min  berada  pada  tahap  tinggi

               kerana berada antara skor 3.67 hingga 5.00 (Jamil, 2002). Ini memberi gambaran bahawa
               secara keseluruhan Padlet dapat membantu pelajar mempamer, memahami, menguasai dan
               memperkembangkan  kemahiran  Unit  Beruniform.  Nilai  min  yang  tertinggi  terhadap

               kebolehgunaan Padlet dalam kajian ini ditunjukkan oleh item 3 iaitu Padlet   memudahkan
               perkongsian  idea  atau  pengetahuan  pelajar  (min  =  4.88,  SP  =  0.33),  item  2  iaitu  Padlet
               membolehkan pembelajaran kemahiran baharu (min = 4.84,  SP = 0.37), item 7 iaitu Padlet

               membolehkan pembelajaran secara kolaboratif(min = 4.84, SP = 0.37), item  9 iaitu Padlet
               meningkat kemahiran asas unit beruniform pelajar (min = 4.80, SP = 0.41), item 10 Padlet

               berupaya membantu pelajar mempamer kemahiran unit beruniform (min = 4.80, SP = 0.41)
               dan item 16 iaitu Padlet  dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu kemahiran unit
               beruniform (min = 4.80, SP = 0.41). Walaupun item 5 menunjukkan nilai min yang paling

               rendah dalam kajian ini iaitu dengan nilai min = 4.56 dan sisihan piawai 0.58, Padlet masih
               dianggap boleh membantu pelajar dalam membina idea baharu dalam subjek unit beruniform.

               Ini kerana nilai min yang didapati bagi item tersebut masih pada tahap tinggi dan melebihi
               3.66
                       Kajian yang dijalankan oleh Taufikurohman (2018) dan Marzuki (2021) menunjukkan

               bahawa  Padlet  telah  dapat  membantu  pelajar  untuk  memahami  dan  menguasai  sesuatu
               kemahiran. Marzuki (2021) juga mendapati bahawa Padlet dapat menggalakkan pelajar untuk
               menyertai  aktiviti  kelas,  mengurangkan  rasa  gementar  dan  meningkatkan  pembelajaran

               secara  kolaboratif  antara  pelajar  dengan  pelajar  dan  antara  pelajar  dengan  pensyarah.
               Bodnenko,  Kuchakovska,  Proshkin  dan  Lytvyn  (2020)  pula  mendapati  Padlet  dapat
               membantu mengatur pembelajaran koperatif pelajar.


                       Padlet juga didapati dapat memotivasikan pelajar untuk berinteraksi dengan rakan-
               rakan semasa melaksanakan tugasan atau aktiviti bagi MPU3062 (min = 4.76, SP = 0.44).
               Hasil dapatan ini sama seperti kajian oleh England (2017) yang mendapati bahawa Padlet

               dapat meningkatkan motivasi dan kolaborasi pelajar di dalam pembelajaran secara maya.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                400
   413   414   415   416   417   418   419   420   421   422   423