Page 44 - e Prosiding Serai 2021
P. 44
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
2. Dapat membina ayat majmuk keterangan dengan lengkap dan betul menggunakan
teknik WATAK.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah murid dapat meningkatkan pemahaman struktur binaan ayat majmuk
keterangan dengan betul melalui teknik WATAK?
2. Adakah murid dapat membina ayat majmuk keterangan dengan lengkap dan betul
menggunakan teknik WATAK?
PESERTA KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan lima orang peserta kajian tahun empat yang terdiri daripada dua
orang murid perempuan dan tiga orang murid lelaki. Kelima-lima orang PK tersebut berbangsa
Melayu dan menetap di sekitar kawasan SeBaRa di Kuala Nerus, Terengganu. Sepanjang
pengalaman berpraktikum di Kelas Empat Berlian, pengkaji mendapati murid menghadapi
masalah penguasaan kemahiran membina ayat majmuk keterangan. Sehubungan dengan
itu, pemilihan PK dilakukan berdasarkan keputusan praujian yang dikendalikan oleh pengkaji.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pelaksanaan kajian pengkaji berdasarkan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart
(1988) yang mengandungi empat langkah, iaitu mereflek, merancang, bertindak dan
memerhati.
Dalam langkah mereflek, pengkaji telah melakukan pengumpulan data awal daripada murid
Tahun Empat Berlian untuk mengenal pasti kewujudan masalah penguasaan kemahiran
membina ayat majmuk keterangan dalam kalangan murid. Kaedah pengumpulan data awal
melalui kaedah pemerhatian berstruktur, temu bual tidak berstruktur dan praujian.
Dalam langkah merancang, pengkaji telah merancang satu teknik mudah untuk meningkatkan
kefahaman dan kemahiran membina ayat majmuk keterangan dalam kalangan PK
menggunakan teknik WATAK. Teknik WATAK dibangunkan menggunakan pendekatan
mnemonik menggabungkan huruf pertama beberapa perkataan untuk membentuk akronim
baharu yang mudah diingati. W mewakili Watak (orang), A mewakili Aktiviti (kata kerja dan
objek), T mewakili Tempat (lokasi), A mewakili Alat (cara) dan K mewakili keterangan (sebab).
Hal ini turut disokong oleh kajian Maizan Muhammad (2017) yang mengatakan bahawa
pendekatan mnemonik merupakan teknik yang berkesan dalam meningkatkan keupayaan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 26

