Page 43 - e Prosiding Serai 2021
P. 43

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Penguasaan kemahiran menulis amat penting dalam kehidupan seseorang untuk berinteraksi

               dengan khalayak baik secara lisan mahupun tulisan.  Hal ini disokong oleh kajian Maridah
               Alias, Faiziah Shamsudin dan Khairuddin Mohamad (2013) yang menakrifkan menulis sebagai

               satu  proses  memindahkan  lambang-lambang  bunyi  yang  tersusun  dan  teradun  bagi
               melahirkan  bunyi-bunyi  yang  bermakna  serta  dijadikan  sebagai  alat  komunikasi.    Menurut
               Arina  Johari  dan  Mohd  Zuber  Ismail  (2013),  ayat  majmuk  merupakan  struktur  ayat  paling

               kompleks yang sering digunakan dalam penulisan bagi penyampaian sesuatu idea dengan
               lebih  berkesan.    Kesalahan  dan  kesilapan  dalam  penggunaan  bentuk  ayat  majmuk  akan
               menjejaskan makna sesuatu ayat yang diungkapkan.


               Berdasarkan pengalaman berpraktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit
               (SeBaRa),  didapati  bahawa  sebilangan  murid  tahun  empat  tidak  mampu  untuk

               mengembangkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk kerana mereka tidak tahu akan struktur
               binaan asas ayat majmuk, terutamanya ayat majmuk keterangan.  Oleh itu, pengkaji telah
               membangunkan teknik WATAK menerusi aplikasi Microsoft PowerPoint dan Jadual Binaan

               Ayat.    BBM  yang  dibina  tersebut  diharap  dapat  membantu  murid  dalam  meningkatkan
               kemahiran membina ayat majmuk keterangan.  Terdapat tiga intrumen kajian yang digunakan
               untuk  mengumpul  data  awal  dalam  murid  tahun  empat  iaitu  senarai  semak  pemerhatian,

               borang temu bual dan praujian.



               FOKUS KAJIAN


               Kemahiran membina ayat majmuk keterangan dalam kalangan murid tahun empat dijadikan
               fokus utama dalam kajian.  Berdasarkan markah yang diperoleh murid melalui ujian diagnostik,

               terdapat sebilangan murid Kelas Empat Berlian masih belum menguasai kemahiran membina
               ayat  majmuk  keterangan  dengan  lengkap  dan  betul.    Hal  ini  kerana  mereka  memperoleh
               markah rendah dalam ujian diagnostik tersebut.  Hipotesis ini disokong oleh kajian Zurakintan

               (2014)  bahawa  kemerosotan  pencapaian  murid  dalam  peperiksaan  dikaitkan  dengan
               kemerosotan murid dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu.




               OBJEKTIF KAJIAN

                   1.  Dapat meningkatkan  pemahaman  struktur  binaan  ayat majmuk keterangan  dengan

                      betul melalui teknik WATAK.





                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      25
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48