Page 45 - e Prosiding Serai 2021
P. 45

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               ingatan  individu.    Pada  masa  yang  sama,  teknik  WATAK  didedahkan  menerusi  aplikasi
               Microsoft PowerPoint dan Jadual Binaan Ayat.


               Dalam langkah bertindak, pengkaji mengaplikasikan teknik WATAK menerusi bahan grafik dan
               Jadual Binaan Ayat secara dalam talian melalui medium Google Meet.  Pengaplikasian teknik

               WATAK dalam bahan grafik dan Jadual Binaan Ayat dikendalikan secara berperingkat, iaitu
               bermula dengan pendedahan kandungan teknik WATAK, sesi bermain sambil belajar sebagai
               langkah amali serta sesi latih tubi sebagai langkah pengukuhan.


               Jadual 5.1.
                Langkah-langkah Pengaplikasian Teknik WATAK

                 Bil              Langkah-langkah Pengaplikasian Teknik WATAK
                 1.













                      Pengkaji menanamkan konsep membina ayat majmuk adalah senang dalam
                      diri  peserta  kajian  di  samping  menyatakan  kepentingan  menguasai  teknik
                      kemahiran membina ayat majmuk keterangan dalam penulisan.

                 2.










                      Pengkaji  memperkenalkan  teknik  WATAK  dalam  kalangan  peserta  kajian
                      dengan  menerangkan  contoh  satu  per  satu  bagi  setiap  abjad  akronim
                      WATAK tersebut.


                 3.










                      Peserta  kajian  dikehendaki  memilih  sebuah  pintu  misteri  lalu  dikehendaki
                      membina  ayat  majmuk  keterangan  berdasarkan  gambar  secara  lisan
                      menggunakan teknik WATAK.



                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      27
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50