Page 39 - e Prosiding Serai 2021
P. 39

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               metakognitif  pada  tahap  sedar  dan  sangat  sedar  dalam    dimensi  regulasi  kognisi
               perancangan, pemantauan  dan  strategi debugging   tetapi  sebahagian  murid berada dalam

               tahap sederhana sedar dalam dimensi kognisi strategi pengurusan maklumat dan penilaian.

                      Hasil ujian-t menunjukkan  terdapat perbezaan min yang signifikan  antara kesedaran

               metakognitif  dalam  kalangan  murid  sains  teknikal  dengan  sains  agama.  Min  kesedaran
               metakognitif  regulasi  kognisi  dalam  kalangan  murid  sains  teknikal  adalah  lebih  tinggi

               berbanding  dengan  murid  aliran  sains  agama.  Terdapat  perbezaan  min    yang  signifikan
               dalam  aspek perancangan, strategi pengurusan maklumat dan pemantauan  dalam kalangan
               murid sains teknikal berbanding dengan pelajar sains agama namun tidak terdapat perbezaan

               min  yang signifikan  dalam  aspek strategi debugging dan penilaian.


               SYOR CADANGAN KAJIAN


               Dapatan  kajian  ini  memberikan  petunjuk  kepada  beberapa  pihak  yang  terlibat  dalam
               merangka  dan  melaksanakan  proses  berfikir  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  agar
               pelajar dapat merealisasikan pembelajaran kendiri menggunakan strategi metakognitif secara

               sedar serta berupaya menilai dan menganalisis proses pengajaran dan pembelajaran yang
               dilalui.  Dengan  adanya  pengetahuan  metakognisi  dan  kesedaran  metakognisi,  murid

               berupaya merancang, memantau dan menilai pembelajaran secara kendiri dengan berkesan.
               Pelajar-pelajar  juga  perlu  dibimbing  menggunakan  strategi  metakognisi  oleh  guru-guru
               semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana metakognisi dapat menjadikan pelajar

               pemikir yang lebih berkesan dan berkemahiran, membina konsep kendiri yang lebih positif,
               membantu pencapaian yang lebih tinggi di dalam dan di luar sekolah serta dapat  membina
               kemahiran berfikir dengan baik untuk bersaing dan menyesuaikan diri di dunia yang kompleks

               ini  untuk kelangsungan hidup dan kejayaan (Beyer 1988; Brown 2006).

               RUJUKAN


               Abdul Jalil Othman & Zulkifli Mohd Top. (2014). ”Pemahaman Nilai dalam Prosa Tradisional:
                     Analisis Metakognitif” dlm Jurnal Isu Dalam  Pendidikan. Jld.38.2. Universiti Malaya.
                     Hlm. 1-26

               Abdul  Raof  Husin  &  Sharifah  Nor  Puteh.  (2000).  Penyemakan  Semula  Kurikulum  untuk
                     Pendidikan Alaf Baru. Strategising Teaching and Learning in the 21st Century. Vol 1,
                     hlm. 330 -342.
               Abdul Shukor Abdullah. (2000). Development of a Learning and Thinking Society. Strategising
                     Teaching and Learning in the 21st Century Vol 1, hlm 1-16.

               Adey, P.(1999). Thinking Science. dlm Hamers, J.H.M., Van Luit, J.E.H. & Csapo, B. (pnyt).
                     Teaching and Learning Thinking Skills. hlm. 63-82 .Netherlands: Swets & Zeitlinger.



                 e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                     21
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44