Page 50 - e Prosiding Serai 2021
P. 50
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berdasarkan Rajah 6.3, pengkaji dapat merumuskan bahawa teknik WATAK menerusi slaid
PowerPoint dan Jadual Binaan Ayat yang telah dibuat penambahbaikan pada kaedah
penyampaian yang menggunakan pendekatan induktik dan berfokus pada percambahan idea
dalam bahagian sebab ayat telah memberikan impak yang sangat positif kepada peserta
kajian pada kitaran kedua, khususnya dalam aspek pembinaan ayat majmuk keterangan yang
lengkap dan betul. Hal ini dapat dibuktikan melalui perbandingan peratusan markah PK dalam
praujian, pascaujian 1 dan pascaujian 2 di mana semua PK telah mencapai tahap cemerlang
dalam aspek penulisan, khususnya kemahiran membina ayat majmuk keterangan. Oleh itu,
hasil dapatan menerusi ujian bertulis tersebut dapat menjawab soalan kajian kedua, di mana
murid dapat membina ayat majmuk keterangan dengan lengkap dan betul menggunakan
teknik WATAK.
REFLEKSI
Kajian tindakan yang telah dilaksanakan oleh pengkaji telah berjaya menunjukkan
peningkatan secara mendadak yang berlaku dalam kalangan murid tahun empat terhadap
penguasaan kemahiran membina ayat majmuk keterangan. Hal ini dapat dibuktikan melalui
perbandingan dapatan kajian antara prakajian dengan kitaran pertama dan kitaran kedua
menerusi data yang dianalisis daripada instrumen kajian iaitu pemerhatian, temu bual serta
ujian bertulis. Pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa teknik WATAK yang dibangunkan
pengkaji menggunakan Microsoft PowerPoint dan Jadual Binaan Ayat dapat mencapai kedua-
dua objektif kajian yang ditetapkan.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pengkaji mencadangkan penggunaan medium PowerPoint sebagai BBM untuk mendedahkan
konsep teknik WATAK kepada murid dapat dimurnikan lagi dari segi binaannya dalam kajian
lanjutan dengan menjadikan bahan tersebut sebagai suatu aplikasi permainan digital dalam
konteks pembinaan ayat majmuk keterangan. Hal ini seiring dengan pembelajaran abad ke-
21 yang berpusatkan murid serta pendekatan permainan digital tersebut lebih mendekati fitrah
semula jadi kanak-kanak. Pengkaji yakin bahawa penggabungan konsep BBM dan BBB
dalam suatu bahan yang digunakan itu dapat meningkatkan lagi keberkesanan proses
pendedahan suatu konsep yang ingin disampaikan oleh guru.
Selain itu, teknik WATAK diterapkan melalui modul binaan ayat yang mengandungi pelbagai
variasi nota pemahaman tentang konsep teknik WATAK, latihan pengukuhan, skema jawapan
dan sebagainya. Hal ini kerana modul binaan ayat membolehkan murid melatih diri secara
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 32

