Page 471 - e Prosiding Serai 2021
P. 471
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kompetensi spesifik, 2) kepakaran penyelesaian masalah, 3) kemahiran mengenal dan
menganalisis peluang, dan 4) ilmu pengetahuan pedagogi kandungan (Thurlings et al., 2015).
SOROTAN LITERATUR
Subjek fizik merupakan antara mata pelajaran yang termasuk dalam pengiraan kredit bagi
pelajar Modul 1 dan Modul 2 Program Matrikulasi Sains Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia. Fizik merupakan satu cabang sains yang melibatkan teori, konsep dan
aspek pengiraan berdasarkan fenomena-fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Selain
daripada itu, kemahiran proses sains juga terlibat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran subjek fizik. Kemahiran proses sains seperti kemahiran mentafsir data
merupakan aspek penting yang perlu dikuasai dan dipertingkatkan. Data atau maklumat yang
diperolehi boleh dipersembahkan melalui pelbagai bentuk seperti dalam bentuk graf, jadual
mahu pun dalam bentuk piktograf. Pelbagai maklumat boleh diperolehi melalui tafsiran data
seperti membuat hubungan antara kuantiti yang terlibat, mengenalpasti corak atau pola,
membuat ekstrapolasi serta membuat kesimpulan berdasarkan data yang diberi.
Apa itu e-kad imbasan atau e-flashcard? e-kad imbasan menyerupai kad imbasan
sedia ada tetapi yang berbeza adalah ia menggunakan platform digital dengan ciri yang
ditambahbaik. Kad imbasan merupakan kad yang padanya tertera maklumat ringkas yang
berupa gambar, nombor ataupun perkataan. Kad imbasan telah lama digunakan semenjak
dahulu lagi bermula daripada peringkat bayi dengan tujuan untuk merangsang penggunaan
otak kanan. Ini kerana antara fungsi otak bahagian kanan adalah untuk berfikir secara kreatif,
imaginasi, ilham dan juga emosi. Selain daripada itu, daya ingatan otak kanan juga adalah
bersifat jangka panjang (long term memory) berbanding dengan otak kiri. Oleh itu, kajian
penggunaan kad imbasan ini diharap dapat membantu pelajar memahami dan mengingati
pelajaran yang dipelajari.
PERMASALAHAN KAJIAN
Subjek Physics 1, DP 014 dibahagikan kepada lapan topik utama. Dua topik merupakan soalan
tugasan yang tidak akan disoal semasa Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)
Semester 1, manakala enam topik yang lain merupakan soalan wajib jawab. Topik ke lapan
bertajuk Heat, Ideal Gas and Thermodynamics mempunyai peruntukan wajaran markah yang
besar. Soalan termodinamik (thermodynamics) ini merupakan sebahagian daripada wajaran
tersebut. Namun begitu, para pelajar menghadapi masalah untuk mengeluarkan maklumat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 453

