Page 470 - e Prosiding Serai 2021
P. 470

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                      MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR D11T1/T9 MENJAWAB SOALAN
                                      TERMODINAMIK DENGAN E-KAD IMBASAN

                                                                                                     3
                                               1
                                                                           2
                   Madihah binti Abdul Manan , Aznahlizawati bin Semail , Nur Atiqah binti Jaafar ,
                                                   Dalina binti Daud 4

                                               1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Melaka
                                           aznahlizawati@kmm.matrik.edu.my



                                                       ABSTRAK


               Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menjawab
               soalan termodinamik bagi kursus Physics 1, DP 014. Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar

               Kolej Matrikulasi Melaka,  Program Empat Semester, kelas tutoran D11T1/T9 yang dipilih
               berdasarkan Ujian Pra. Hasil refleksi yang  dilakukan mendapati pelajar menghadapi masalah
               menggunakan persamaan Hukum Termodinamik Pertama  dan juga soalan melibatkan graf

               pV. Oleh itu, fokus kajian terarah kepada cara untuk mengatasi masalah  dihadapi pelajar bagi
               meningkatkan      pencapaian     mereka     menjawab     soalan    termodinamik.     e-Kad

               imbasan    digunakan  sebagai  pendekatan  mengatasi  masalah  yang  dihadapi  oleh  pelajar
               dalam penyelesaian masalah  topik yang terlibat. Analisis data dilakukan melalui Ujian Pra,
               Ujian Pos ,temubual dan juga Soalan Soal  Selidik keberkesanan penggunaan e-kad imbasan.

               Pada akhir kajian, didapati terdapat peningkatan  pencapaian markah pada semua pelajar.


               Kata kunci: Kad Imbasan, pV Graf, Termodinamik, Fizik, matrikulasi



               PENGENALAN

               Bidang  Sains,  Teknologi,  Kejuruteraan  dan  Matematik  telah  diintegrasikan  sebagai
               Pendidikan STEM. Di Malaysia, pendidikan STEM ini merupakan salah satu agenda yang

               ditekankan  dalam  pelaksanaan  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013-
               2025.  Pengukuhan  Pendidikan  STEM  telah  menjadi  satu  usaha  penting  Kementerian

               Pendidikan Malaysia (KPM) terutama untuk meningkatkan sumber tenaga yang mahir serta
               pakar dalam bidang penyelidikan dan industri.


                       Inovasi dewasa ini dianggap sebagai kemahiran yang paling diperlukan. Oleh itu, guru
               perlu mentransformasi diri mereka  sebagai  guru  inovatif,  sesuai  dengan  peranan  baru
               dalam  dunia  kerjaya  pada  masa  depan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

               mengorak langkah untuk menggalakkan guru berinovasi.  Terdapat empat jenis ilmu atau
               kompetensi  yang  perlu  diketahui  oleh  guru  untuk  berinovasi,  iaitu;  1)  pembangunan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                452
   465   466   467   468   469   470   471   472   473   474   475