Page 472 - e Prosiding Serai 2021
P. 472

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               yang  boleh  diperolehi  daripada  p-V  graf  tersebut.  Ia  akan  memberikan  masalah  semasa
               menjawab soalan menggunakan persamaan Hukum Termodinamik Pertama.


                       Berdasarkan Curriculum Specification (CS) DP 014 Sesi 2020/2021 Program Sistem
               Empat  Semester  (SES),  termodinamik  (thermodynamic)  merupakan  subtopik  yang  diajar

               dalam topik kelapan silibus fizik semester 1. Antara objektif pembelajarannya adalah para
               pelajar membuat interpretasi proses termodinamik berdasarkan p-V (pressure-Volume) graf.
               Pemerhatian  pensyarah  mendapati,  para  pelajar  menghadapi  masalah  untuk  menjawab

               soalan latihan subtopik termodinamik yang berkaitan dengan p-V graf. Berdasarkan format
               soalan yang selalu ditanya semasa peperiksaan, pada kebiasaannya soalan p-V graf ini akan

               berkait  dengan  soalan  berkenaan  Hukum  Termodinamik  Pertama.  Oleh  itu,  dengan
               penggunaan  e-kad  imbasan    akan  dapat  membantu  pelajar  memahami  dan  mengingati
               petunjuk  diperolehi  daripada  p-V  graf.  Adalah  penting  bagi  para  pelajar  untuk  mengenali,

               mengingati serta mentafsir p-V graf tersebut.

                       Justeru  itu,  penggunakan  e-kad  imbasan    merupakan  satu  pendekatan  untuk

               membantu pelajar mengingati dan mentafsir data atau petunjuk yang terdapat dalam soalan
               yang diberi agar para pelajar dapat meminimakan kesalahan dalam menjawab soalan yang

               berkaitan.  Hal  ini  dibuktikan  dengan  kajian  yang  dilakukan  oleh  Hui  et  al.  (2019)  yang
               mendapati  penggunaan  e-kad  imbasan  berkesan  kerana  dapat  membantu  pelajar  dalam
               mengenal pasti teknik yang betul dalam fungsi pengamiran yang dipelajari. e-Kad imbasan

               merupakan  alternatif  kad  imbasan  sedia  ada  di  mana  ia  boleh  digunakan  secara  digital
               berbanding secara fizikal menggunakan telefon pintar, tablet, laptop atau pun komputer. Ia
               juga boleh dikongsikan melalui pautan, qr code, twitter, google classroom dan juga Microsoft

               Excel.  Ia  adalah  salah  satu  pendekatan  pensyarah  untuk  mengaplikasikan  kaedah
               pembelajaran secara gamifikasi agar para pelajar kekal fokus dalam proses pengajaran dan
               pembelajaran.


                       Penggunaan  kad  imbasan  berjaya  meningkatkan  hasil  pembelajaran  pelajar
               berkenaan  konsep  mutasi  (Mulyani,  2017).  Hal  ini  juga  dibuktikan  dengan  kajian  yang

               dilakukan oleh Hui et al. (2019) yang mendapati bahawa penggunaan e-kad imbasan adalah
               berkesan dan dapat membantu pelajar dalam mengenal pasti teknik yang betul dalam fungsi

               pengamiran. Oleh itu, kajian ini adalah untuk melihat adakah dengan penggunaan e-kad imbasan
               dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam menjawab soalan termodinamik?










               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                454
   467   468   469   470   471   472   473   474   475   476   477