Page 468 - e Prosiding Serai 2021
P. 468
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 3
Keputusan Ujian Pra, Ujian Pasca dan Ujian Pasca (gelung kedua) PK3
Bil Peserta Markah Ujian Pra Markah Ujian Markah Ujian Pasca
Kajian Pasca
(gelung kedua)
1 PK3 6/36 15/36 29/36
Disebabkan markah pencapaian yang masih lagi tidak mencapai 50%, pengkaji bertindak
dengan melaksanakan gelung kedua terhadap PK3 dengan menggunakan kad imbasan huruf
yang memberi penekanan kepada kaedah bunyi huruf agar PK3 mudah menyebut suku kata
dengan lancar. Selepas tindakan gelung pertama, PK3 telah menunjukkan perubahan positif
tentang beberapa bacaan suku kata terbuka. Walau bagaimanapun pengkaji yakin bahawa
jika PK3 diberi peluang, dia akan dapat menjawab soalan Ujian Pasca dengan baik apabila
berlaku penambah baikan terhadap item dalam alat ABC SuKa. Setelah itu, markah Ujian
Pasca (selepas melaksanakan gelung kedua) PK3 memperlihatkan peningkatan markah yang
memberangsangkan iaitu PK3 berjaya mendapat markah 81%. Setelah melalui dua sesi ujian,
PK3 dilihat mampu membaca dan menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan
tertutup dengan baik. Perkara ini dibuktikan dalam Jadual 3 yang menunjukkan jawapan yang
diberikan oleh PK3 dalam Ujian Pasca (gelung kedua).
KESIMPULAN KAJIAN
Pengkaji telah melaksanakan penyelidikan tindakan ini kepada tiga orang PK iaitu PK1, PK2
dan PK3. Kajian ini telah membuahkan kejayaan berdasarkan analisis pemerhatian, markah
ujian dan analisis temu bual yang telah dijalankan terhadap PK selepas pelaksanaan aplikasi
ABC SuKa kepada mereka. Analisis data selepas pelaksanaan tindakan menunjukkan hasil
yang memberangsangkan. Kesemua PK berjaya meningkatkan penguasaan mereka dalam
kemahiran membaca ini.
Di samping itu, tindakan yang dilakukan ini merupakan nilai tambah daripada tindakan yang
sedia ada. Apabila berlakunya nilai tambah, maka sudah pasti ia adalah lebih baik kerana
terdapat elemen inovasi terhadapnya. Menurut Suhaimin (2017) menyatakan peranan TMK
adalah supaya proses PdP menjadi menarik, efektif dan bermakna. Ini adalah kerana elemen
TMK terdiri daripada pelbagai media misalnya gambar, audio, video, fail dokumen dan
sebagainya. Tambahan pula, proses PdP akan menjadi lebih kondusif kerana murid mengikuti
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 450

