Page 75 - e Prosiding Serai 2021
P. 75

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                      mengendalikan  kelas  KOMSAS  di  peringkat  negeri  mahupun  peringkat  nasional
                      sebagai penceramah atau moderator. - sila rujuk Lampiran 6




               CADANGAN PENYELIDIKAN SETERUSNYA


               Cadangan penyelidikan lanjutan bertujuan untuk memberi peluang kepada pengkaji seterusnya
               meneruskan penggunaan penyelidikan agar dapat membantu meningkatkan mutu sesi PdPc selain
               merangsang  pemikiran  pelajar  dalam  pembelajaran  secara  konstruktivisme.  Antara  cadangan

               penyelidikan  lanjutan  yang  boleh  dilaksanakan  adalah  seperti  mengkaji  keberkesanan  Kaedah
               Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS terhadap penguasaan pelajar dalam topik yang berbeza
               bagi mata pelajaran teori Sijil Vokasional Malaysia. Kaedah ini boleh dihasilkan berdasarkan

               kesesuaian  tajuk  dan  tahap  sampel  kajian.  Seterusnya,  sampel  saiz  kajian  yang  dipilih
               dicadangkan  dibahagikan  kepada  dua  kumpulan  sampel  kajian  yang  berbeza  iaitu  kumpulan
               kawalan  dan  kumpulan  eksperimen.  Hal  ini  bertujuan  untuk  mengesan  kebolehpercayaan  strategi

               pembelajaran  yang  digunakan  dalam  mempengaruhi  keputusan  yang  diperoleh  seperti  kajian  yang
               dilaksanakan oleh Sengul, S. & Dereli, M. (2010) dan Akamca, G. O. et al., (2010). Selain itu, saya

               ingin mencadangkan pengkaji seterusnya mengkaji keberkesanan strategi ini dengan mata pelajaran
               yang  berlainan  misalnya  Matematik,  Sejarah,  Bahasa  Inggeris  dan  sebagainya.  Inisiatif  ini
               bertujuan untuk mengkaji keberkesanan ilustrasi jika diaplikasikan dalam mata pelajaran yang berlainan.

               Di samping itu, beberapa cadangan pengubahsuaian kaedah adalah seperti menghasilkan atau mereka
               dialog yang lebih merangsangkan minda pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif, melukis

               kartun yang lebih menarik supaya cerita dalam Kaedah ini tidak terlalu jemu dibaca dan ringkas.

               Kesimpulannya, saya amat berharap agar penyelidikan yang bakal dijalankan seterusnya pada masa

               hadapan dapat membuka lembaran baru kepada Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS
               diaplikasikan secara meluas di dalam bilik darjah secara umum dan dalam dunia pendidikan secara
               khususnya. Diharapkan juga penyelidikan seterusnya dapat menyambung perjuangan penyelidikan ini

               untuk  membuktikan  bahawa  Kaedah  ini  dapat  membentuk  suasana  pembelajaran  yang
               menyeronokkan, selesa dan berkesan.


               KESIMPULAN / RUMUSAN

               Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS bagi
               meningkatkan pencapaian dan minat pelajar dalam topik KOMSAS. Penyelidikan ini melibatkan

               pendekatan kaedah kuantitatif. Secara keseluruhan, hasil penyelidikan ini menunjukkan
               pencapaian yang positif. Hasil dapatan telah menunjukkan pelajar telah menguasai kaedah ini

               dengan sebaiknya. Penyelidikan ini memberikan suatu inspirasi bahawa setiap sesi Pengajaran dan


                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      57
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80