Page 71 - e Prosiding Serai 2021
P. 71
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGGUNAAN ILUSTRASI BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR
DALAM KOMPETENSI KOMPONEN SASTERA / KOMSAS
(CERPEN / DRAMA / NOVEL / PROSA KLASIK)
KOLEJ VOKASIONAL
Abdul Muhen bin Abdul Mohssin
Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah Darul Aman
atan_mm@yahoo.com
ABSTRAK
Penyelidikan secara deskriptif telah dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan
dan pemahaman pelajar dalam kompetensi KOMSAS berbentuk cerita iaitu novel, prosa
klasik, cerpen dan drama. Aspek-aspek yang diselidik ialah pemahaman pelajar terhadap plot,
kaedah penggunaan dan kesan Kaedah Ilustrasi terhadap pembelajaran pelajar. Responden
terdiri daripada keseluruhan populasi iaitu seramai 29 orang pelajar Tahun 2 Program
Teknologi Pemesinan Industri (Sijil Vokasional Malaysia) Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah.
Penyelidikan ini merupakan suatu inspirasi bahawa setiap sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) seharusnya mempunyai pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan terutamanya dengan
menggunakan bahan autentik seperti majalah, risalah, surat khabar, tiket bas dan sebagainya.
Bahan-bahan autentik ini berupaya untuk menarik perhatian pelajar kerana berkait rapat dengan
kehidupan seharian kita. Para pelajar lebih gemar mendapatkan ilmu pengetahuan daripada informasi
yang terdapat pada bahan autentik berbanding dengan hanya bergantung kepada buku teks
sahaja. Sehubungan dengan itu, guru-guru digalakkan menggunakan bahan autentik sebagai salah satu
bahan bantu mengajar dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Instrumen kajian
yang digunakan terdiri daripada set soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A melibatkan biodata responden, manakala Bahagian
B melibatkan maklum balas terhadap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
Kaedah Ilustrasi memudahkan pelajar memahami, mengingati dan menguasai plot novel,
prosa klasik, cerpen dan drama. Kaedah yang dibangunkan ini dapat mencetuskan idea kepada
para guru dalam merancang strategi pengajaran yang bersesuaian demi manfaatnya kepada pelajar
semasa sesi sesi PdPc di dalam kelas.
Kata kunci: kesan Kaedah Ilustrasi, bahan autentik, sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc), mengingati dan menguasai plot
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 53

