Page 73 - e Prosiding Serai 2021
P. 73

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                      Perancangan Mengumpul Data Dan Instrumen Penyelidikan
                      Dalam  penyelidikan  ini,  instrumen  pengumpulan  data  berunsurkan kuantitatif  dan  kualititif.

                      Proses pengumpulan data kuantitatif melibatkan pelaksanaan instrumen (ujian pra dan
                      pasca) demi mendapat pemboleh ubah (pencapaian pelajar) yang dapat diukur. Kedua-dua ujian
                      pra dan ujian pasca bertujuan untuk mengkaji perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas

                      intervensi dilaksanakan.


                                 Jadual 3:  Instrumen Pengumpulan Data Penyelidikan
                          No.          Instrumen            Indeks Soalan      Bilangan     Pemberatan
                                   Pengumpulan Data                               Item           (%)

                            1           Ujian pra           Soalan Subjektif       10            100
                            2          Ujian Pasca          Soalan Subjektif       10            100


               ISU / MASALAH YANG DITANGANI


               Tinjauan Masalah
               Saya mengenal pasti kelemahan pelajar Tahun 2 Semester 2 Program Pemesinan Industri
               (SVM) dalam Penilaian Akhir Semester 2 ketika menjawab soalan berkaitan KOMSAS, dan

               langkah yang diambil adalah seperti berikut:

                      1.  Tinjauan Awal Masalah
                      2.  Analisis Tinjauan Masalah

                      3.  Analisis pemerhatian
                      4.  Analisis Soal Selidik

                      5.  Analisis Peratusan Markah Dan Gred Ujian
                      6.  Analisis Soal Selidik - sila rujuk Lampiran 3



               REPLICABILITY

               Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS yang dijalankan mendapati telah berlaku
               perubahan  positif  dari  segi  amalan  guru  dan  pembelajaran  pelajar.  Mereka  lebih  beminat

               dengan kaedah pengajaran yang baharu berbanding kaedah yang lama. Oleh itu,  Kaedah
               Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS boleh diaplikasikan dalam proses Pembelajaran dan
                      Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas bagi tajuk atau topik yang berbentuk cerita atau

               carta alir agar pelajar memahami subjek atau topik tersebut.






                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      55
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78