Page 72 - e Prosiding Serai 2021
P. 72
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Tujuan Dan Diskripsi
Proses mendidik pelajar-pelajar bertambah kompleks dalam arus moden ini. Kaedah
pengajaran Seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan
Mahmood (2003). Sehubungan dengan itu, guru perlu memberanikan diri mengaplikasikan
proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang lebih kreatif dan inovatif seiring dengan arus
globalisasi terutamanya dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 yang melanda dunia ketika
ini. Oleh hal yang demikian, penyelidikan ini menepati “selera” para pelajar agar tidak berasa
tertekan ketika mempelajari KOMSAS yang berbentuk cerita. Penyelidikan ini dihasilkan
berasaskan masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika mempelajari KOMSAS yang berbentuk
cerita. Kajian telah dibuat setelah analisis dan Post-Moterm dijalankan atas pencapaian
pelajar dalam Penilaian Akhir Semester 2. Tinjauan menunjukkan seramai 10 orang mendapat
markah yang amat rendah dalam bahagian ini. Untuk mengatasi masalah ini, penyelidikan
telah dilakukan untuk membantu pelajar menguasai KOMSAS yang berbentuk cerita iaitu
novel, cerpen, drama dan prosa tradisional. Penyelidikan ini mendapat inspirasi daripada teori
pembelajaran seperti Teori Pemprosesan Maklumat, Teori Behaviorism, Teori Kontruktivisme
dan Teori Humanism.
KUMPULAN SASARAN
Penyelidikan ini melibatkan 10 orang pelajar Tahun 2 Semester 3 Program Pemesinan Industri
(SVM).
Demografi Data Kumpulan Sasaran
Penyelidikan ini melibatkan 10 orang pelajar program Program Pemesinan Industri (SVM)
yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal
– sila rujuk Jadual 1 pada Lampiran 1
LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN
Penyelidikan ini dilaksanakan melalui perancangan tindakan dan cara pelaksanaan yang
terancang, teratur dan sistematik. Jadual 2 menunjukkan prosedur penyelidikan – sila rujuk Jadual
2 pada Lampiran 2
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 54

