Page 836 - e Prosiding Serai 2021
P. 836
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PJ bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris terutama dalam kemahiran
lisan. Ini membuktikan bahawa penerapan terminologi sukan yang terdapat dalam mata
pelajaran PJ mampu membantu meningkatkan kemahiran BI pelajar.
Hasil dapatan kajian keseluruhan yang dikenalpasti menunjukkan terdapat
keberkesanan dalam program kajian PdPc PJBI-lisan terhadap pelajar. Melihat kepada
kejayaan program tersebut pengkaji membentuk satu modul PdPc Pendidikan Jasmani
Bahasa Inggeris-Lisan (PJBI-L). Modul ini akan menjadi panduan dan rujukan khasnya
kepada guru-guru PJ dan BI. Modul PJBI-L juga boleh digunapakai oleh guru-guru tadika, pra
sekolah, sekolah rendah, sekolah pendidikan khas dan di pusat pengajian tinggi. Ini kerana
program ini adalah bertujuan untuk memartabatkan mata pelajaran PJ dan membudayakan
penggunaan BI di kalangan pelajar di seluruh negara.
Setelah selesai kajian dan membentuk Modul PJ dalam BI Lisan terdapat beberapa
cadangan yang perlu ditambahbaik dalam mata pelajaran PJ dan meningkatkan pencapaian
kemahiran BI. Antara cadangan seperti memperluaskan penggunaan Modul PJBI-Lisan di
peringkat tadika, sekolah dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Walau bagaimanapun
perlaksanaan Modul PJBI-Lisan ini perlu bermula di peringkat akar umbi. Program yang
mencapai objektif akan bermula di peringkat akar umbi dan memerlukan jangka masa yang
signifikan (Berahim, 2014).
Di peringkat pendidikan awal kanak-kanak guru hendaklah menggunakan terminologi-
terminologi BI yang sering digunakan oleh kanak-kanak seperti servis, play, game, start, good,
happy, bye, thank you, you, I, dan sebagainya. Proses pendidikan awal kanak-kanak lebih
mengutamakan aspek permainan. Oleh yang demikian guru-guru Tadika perlu menerapkan
Modul PJBI-Lisan dalam sesi PdPc mereka selaras dengan kajian Ahmad Hashim (2015)
yang mendapati bahawa lakuan tindakan latih tubi akan dapat membentuk lakuan perlaziman
seseorang.
Kesinambungan kajian Modul PJBI-Lisan boleh dilakukan pada kemahiran lain dalam
BI seperti kemahiran menulis dan membaca terminologi BI-Lisan dengan betul dan tepat. Jika
seseorang murid mempunyai kemahiran lisan yang betul murid tersebut juga tidak mempunyai
masalah untuk belajar kemahiran menulis dan membaca BI dengan betul dan tepat
(Noradzleena, 2021). Murid yang dapat menguasai kemahiran lisan, menulis dan membaca
BI dengan baik, mampu meningkatkan prestasi mata pelajaran BI (Sanjaya & Wina, 2013).
Kajian berkaitan Modul PJBI-Lisan juga mampu dikembangkan kepada mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan (PK). Ini kerana dalam PK juga terdapat banyak terminologi BI yang
sering digunapakai dan diketahui murid seperti stress, vitamin, conflict, camp, protein,
carbohydrate, tention, sex dan sebagainya. Keadaan ini mampu meningkatkan kepentingan
mata pelajaran PJPK sebagai pelengkap dalam akademik. Perkara ini dilihat perlu bagi
sesetengah sekolah yang sering menjadikan mata pelajaran PJPK sebagai mata pelajaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 818

