Page 831 - e Prosiding Serai 2021
P. 831

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               manakala murid lelaki diberi latihan latih tubi. Tahun 1913 - maktab perguruan Matang Perak
               untuk  melatih  kawad  kepada  bakal  guru  dan  mengalakkan  mereka  menjadi  sukarelawan

               (Ruhana Zainuddin, 2002).
                       Pada  tahun  1920,  pengetua  PJ  telah  dilantik  di  Negeri-Negeri  Selat  dengan
               memperkenalkan aktiviti senaman, latihan kawad dan permainan. 1930an - rancangan PJ

               untuk  sekolah  diperkenalkan  dengan  sukatan  berasaskan  latihan  fizikal  dan  kursus
               perkhidmatan serta rancangan latihan guru PJ dilancarkan ke seluruh negara. 1940an - sukan

               PJ  dikaji  semula  bagi  mengimbangi  perkembangan  pendidikan  negara  (Nor  Hashimah
               Jalaluddin, 2005). Era penjajah Jepun latihan jasmani dilakukan untuk membentuk individu
               patuh kepada arahan, taat kepada pemerintah dan berdisiplin.

                       Dalam  aktiviti  sukan  biasanya  guru  kerap  menggunakan  terminologi  kejurulatihan
               sukan semasa sesi PdPc terutama PdPc yang melibatkan bahagian tunjang permainan (Mohd

               Sidek  Noah  &  Jamaluddin  Ahmad,  2005).    Terminologi  yang  digunakan  sebahagiannya
               besarnya adalah di dalam BI. Walaupun guru PJ menggunakan BI, murid tahu menyebut dan
               memahami terminologi BI yang digunakan oleh guru PJ seperti streaching, warm up, warm

               down, stress, stik, game, reset, net dan sebagainya.
                       Tahap pengetahuan sedia ada murid atau murid terhadap sesuatu terminologi mampu
               memudahkan murid menguasai kemahiran bahasai (Noradzleena Wahab, 2021). Oleh yang

               demikian peranan guru PJ adalah amat penting untuk membudayakan penggunaan BI-L di
               kalangan murid. Penggunaan terminologi ini bukan dihadkan semasa sesi PdPc PJ tetapi
               perlu  diteruskan  oleh  guru  mata  pelajaran  lain  terutama  guru  yang  mengajar  BI.  Sikap

               kerjasama antara guru PJ dengan guru BI serta dibantu oleh guru-guru mata pelajaran lain
               mampu  merealisasikan  matlamat  membudayakan  BI-L  di  kalangan  murid  (David  Crystal,

               2013)

               TUJUAN KAJIAN


               Penyelidikan dilakukan bagi mengenalpasti persoalan atau permasalahan kepada sesuatu
               perkara  bagi  mengatasi  atau  meningkatkan  sesuatu  produktiviti  yang  dihasilkan  (Othman
               Talib, 2013). Oleh yang demikian kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji dan mengenalpasti

               tahap  keberkesanan  penggunaan  BI-L  dalam  PdPc  mata  pelajaran  PJ  terhadap  murid
               tingkatan satu dan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja 2 di

               Kelantan setelah mengikuti program kajian yang dijalankan.
                       Kajian  ini  hanya  memfokuskan  pada  aspek  kemahiran  BI-L  iaitu  kemahiran
               berkomunikasi menyebut menggunakan BI. Murid hanya perlu bercakap BI-L dengan cara

               yang paling mudah dan ringkas iaitu dengan hanya menyebut terminologi BI atau bercakap
               dengan ayat yang paling mudah dan ringkas. Murid juga dibenarkan menggunakan BI dengan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                813
   826   827   828   829   830   831   832   833   834   835   836