Page 832 - e Prosiding Serai 2021
P. 832

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               mencampurkan dengan Bahasa Malaysia (BM) atau bahasa loghat masing-masing. Walau
               bagaimanapun guru PJ perlu menjadi pemudahcara dan membetulkan kesilapan murid serta

               sering memberi ganjaran (pujian) kepada murid yang menggunakan BI-L semasa sesi PdPc
               PJ  berlangsung.  Murid  yang mendapat  pujian  akan  lebih  seronok  untuk  belajar  (Aliza  Ali,
               2012).  Kajian  BI-L  hanya  memberi  penekanan  kepada  kemahiran  lisan  tidak  melibatkan

               kemahiran menulis atau membaca BI.


               OBJEKTIF KAJIAN

               Kajian ini  menggariskan beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu:
                   1.  Mengenalpasti  tahap  penguasaan  Bahasa  Inggeris  Lisan  dalam  kalangan  murid

                       sekolah.
                   2.  Mengenalpasti  keberkesanan  pengajaran  dan  pembelajaran  Pendidikan  Jasmani
                       dalam meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris Lisan murid sekolah.


               PERSOALAN KAJIAN


                   1.  Apakah tahap penguasaan Bahasa Inggeris Lisan dalam kalangan murid di sekolah
                       SMKDMPR 2?
                   2.  Adakah  terdapat  hubungan  tahap  keberkesanan  pengajaran  dan  pembelajaran

                       Pendidikan Jasmani dengan penguasaan Bahasa Inggeris Lisan murid?

               METODOLOGI KAJIAN


               Reka Bentuk Kajian


               Kajian ini menggunakan ujian eksperimental dengan membentuk satu program ujian terhadap

               guru  dan  semua  murid  tingkatan  satu  dan  dua  bagi  mata  pelajaran  Pendidikan  Jasmani.
               Penerangan  program  ujian  dilakukan  terhadap  guru  dan  murid  sebelum  program  kajian
               sebenar dilaksanakan. Ini adalah bertujuan bagi membantu menghasilkan kajian yang lebih

               signifikan.  Pemahaman  sampel  terhadap  objektif  sesuatu  kajian  mampu  meningkatkan
               standard sesuatu penyelidikan (Sanjaya & Wina, 2013).
                       Pengkaji melakukan pemerhatian dan pemantauan terhadap guru dan murid berkaitan

               program  kajian  yang  dilaksanakan.  Pemerhatian  berdasarkan  objektif  utama  kajian  iaitu
               penerapan penggunaan BI-L dalam sesi PdP PJ. Program kajian dijalankan selama lapan

               minggu dan sepanjang tempoh program pengkaji melakukan penambahbaikan kepada guru-
               guru  PJ  bagi  memenuhi  prosedur  dan  objektif  yang  dimatlamatkan  dalam  kajian.
               Mengenalpasti perlaksanaan prosedur kajian yang dijalankan mampu mengemukakan data

               kajian yang tepat (Aliza., et al., 2014).

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                814
   827   828   829   830   831   832   833   834   835   836   837