Page 934 - e Prosiding Serai 2021
P. 934
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pengalaman penting dalam mengikuti setiap langkah dalam proses penyelesaian masalah.
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini untuk meneroka PdPc guru-guru PSV dalam penerapan KBAT dari segi
pemahaman dan kaedah pengajaran mereka mengaplikasikan sumber-sumber teknologi.
Kajian ini untuk memenuhi objektif kajian seperti berikut:
1. Menilai pandangan guru-guru PSV terhadap penerapan KBAT
2. Menghuraikan kaedah-kaedah PdPc guru-guru PSV untuk mengaplikasikan KBAT
dengan menggunakan teknologi.
METODOLOGI KAJIAN
Penyelidikan kualitatif berbentuk kajian kes melalui pelbagai kes (multicase studies) iaitu
pelbagai tempat lapangan (Merriam & Tisdell, 2016) digunakan dalam kajian ini. Menurut Yin
(2014) kajian kes adalah suatu kajian yang empiris untuk menyiasat fenomena kontemporari
(kes) secara mendalam dan dalam konteks dunia sebenar, terutamanya apabila batasan
antara fenomena dan konteks mungkin tidak jelas buktinya. Proses pengumpulan data
dilakukan dengan menjalankan kaedah temu bual semi struktur, pemerhatian tidak turut serta
dan analisis dokumen (Merriam & Tisdell, 2016).
Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah di negeri Pulau Pinang di
bawah KPM. Persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan untuk membuat
pemilihan sampel kajian. Partisipan kajian seramai 4 orang guru PSV yang berumur antara 40
hingga 58 tahun, iaitu 3 orang guru lelaki dan seorang guru perempuan berfokuskan
pengalaman mengajar melebihi 10 tahun sebagai indikator utama dalam memastikan
pandangan dan pemahaman mereka terhadap pelaksanaan KBAT.
Analisis data adalah berbentuk deskriptif. Data yang diperoleh dianalisis secara
manual untuk mendapatkan konteks kajian yang lebih jelas. Seterusnya, perisian ATLAS.ti
8.0 digunakan untuk proses pengekodan. Dapatan kajian ini menjurus kepada objektif kajian.
Profil partisipan kajian adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Profil partisipan kajian
Partisipan kajian Pengalaman
mengajar
GPSV2 21
GPSV3 24
GPSV4 16
GPSV5 20
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 916

