Page 933 - e Prosiding Serai 2021
P. 933

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               KPM,  2014).    Guru  berperanan  sangat  signifikan  dalam  mengembangkan  KBAT  untuk
               menggarap  budaya  intelektual  para  murid  bagi  memenuhi  cabaran  pada  masa  depan

               (Rajendran, 2017).
                       Pelaksanaan KBAT bertujuan untuk membentuk minda generasi yang boleh berfikir
               dan  menyelesaikan  masalah  dengan  cara  yang  kreatif.    Newmann  (1991)  menjelaskan

               pemikiran aras tinggi berupaya mencabar minda murid untuk menginterprestasi, menganalisis
               dan memanipulasi maklumat yang sedia ada.          Berfikir melibatkan proses kognitif. KBAT

               merangkumi  kritikal,  logik, refleksi,  metakognitif dan kreatif (Mainali, 2012)  dan kemahiran
               kognitif  yang  membolehkan  murid  berfungsi  pada  analisis,  sintesis,  dan  tahap  penilaian
               Taksonomi Bloom (Hopson, Simms & Knezek, 2001). Pemikir yang paling kreatif juga fleksibel

               dalam penciptaan mereka. Mereka sanggup dan dapat memanipulasi pemikiran mereka untuk
               memperbaiki apa yang mereka buat. (Thomas & Thorne, 2018) dan dapat  meluahkan kata-

               kata melalui kemampuan kita untuk berfikir secara kritis dan kreatif  (Fisher, 2013).
                       Model  Taksonomi  Bloom semakan semula Anderson memperlihatkan empat  tahap
               domain  kognitif  iaitu  1)  Mengaplikasi:  menjalankan  atau  menggunakan  prosedur  melalui

               pelaksanaan;  2)  Menganalisis:    memecah    bahan    atau    konsep    ke    dalam    bahagian,
               menentukan bagaimana bahagian berkaitan atau saling berkaitan satu sama lain atau struktur
               atau tujuan keseluruhan; 3) Menilai: membuat pertimbangan   berdasarkan   kriteria   dan

               standard   melalui pemeriksaan dan kritikan; dan 4) Mencipta: meletakkan elemen bersama
               untuk    membentuk  keseluruhan  yang  koheren atau  berfungsi; menyusun  semula elemen
               menjadi  corak  atau  struktur  baru  melalui  penjanaan,  perancangan,  atau  menghasilkan

               (Anderson et al., 2001).
                       Guru  perlu  beralih  daripada  PdPc  konvensional  seperti  “chalk  and  talk”,  kepada

               berbantukan komputer  dan  “smart  board”,  bahan  bantu  mengajar  bersumberkan  Internet,
               laman sosial dan aktiviti berkumpulan agar memberi peluang murid untuk berkolaboratif (Nik
               Nor Ahmarizam, 2015).

                       Selain  itu,  Sharulnizam Ramli, Syed Alwi Syed Abu Bakar dan Sabzali Musa Khan
               (2015) pula menyokong penggunaan ICT dalam PdPc PSV agar menarik minat murid-murid.

               Selain mengaplikasikan  peralatan ICT seperti projektor  LCD, komputer dan persembahan
               perisian PowerPoint. ICT menyediakan peluang kepada guru-guru PSV untuk mempelajari
               maklumat  dan kaedah baharu. PSV harus seiringan dengan ICT supaya tidak ketinggalan
               dalam  industri  kreatif  bagi  melahirkan  murid  yang  kreatif  dan  penghayat/seniman  visual

               sebagai  katalis  untuk  perkembangan  industri  kreatif  di  Malaysia.
                       Kerja seni juga memberi peluang kepada murid untuk menyatakan diri mereka dalam

               pengalaman studio untuk mempromosikan pemikiran dan kreativiti (Bates, 2000: 13). Mittler
               (2006:  52)  berpendapat  Pendidikan  Seni  membantu  membina  pelbagai  kemahiran  berfikir
               yang  penting  untuk  digunakan  dalam  situasi  dunia  sebenar.  Situasi  ini  memberikan




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                915
   928   929   930   931   932   933   934   935   936   937   938