Page 932 - e Prosiding Serai 2021
P. 932

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Kemahiran  Berfikir  Aras  Tinggi  (KBAT)  didefinisikan  sebagai  keupayaan  untuk

               mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
               bagi  menyelesaikan  masalah,  membuat  keputusan,  berinovasi  dan  berupaya  mencipta

               sesuatu yang baru (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).
                       Perkembangan  teknologi  menjadikan  bidang  pendidikan  semakin  bergerak  maju
               dengan penekanan terhadap kemahiran berfikir secara matang untuk meningkatkan kualiti

               kehidupan. Pendidikan yang berteraskan KBAT telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar
               negara seperti Amerika Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi untuk membentuk
               kurikulum bagi mencapai pemikiran global dan kemenjadian murid menuju abad ke-21 (Nik

               Nor Ahmarizam, 2015). Dalam hal ini Ping dan Hua (2017) menyarankan kualiti pendidikan
               perlu ditingkatkan agar setanding dengan negara maju khususnya dalam memperkasakan
               KBAT.

                          Kemahiran berfikir amat dititikberatkan oleh semua pihak dalam merealisasikan PAK21
               selari dengan perkembangan era digital teknologi maklumat. Keadaan ini untuk meningkatkan

               daya intelek para murid. Hal ini seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
               untuk melahirkan generasi yang intelek, inovatif, kreatif dan berketerampilan (Tajularipin &
               Aminuddin,  2018).  Justeru,  kita  dapati  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM)  telah

               mengambil pelbagai initiatif untuk mengembangkan pemikiran murid-murid dalam memenuhi
               Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Pelaksanaan KBAT dalam sistem pendidikan negara ini

               menjurus ke arah murid-murid yang mampu berdaya saing di peringkat global.
                          Abdul Shukor Hashim (1997) menjelaskan pelaksanaan KBAT dalam PSV merupakan
               satu kesinambungan disiplin ilmu yang merentasi kurikulum dalam proses kognitif dan kreatif.

               Olahan idea dalam menghasilkan karya seni dapat mempertajamkan pemikiran.  Md Nasir
               Ibrahim et al. (2020) pula menyatakan guru PSV membimbing murid-murid untuk membuat
               penerokaan hubungan seni dan kehidupan yang membabitkan proses menghasilkan sesuatu

               untuk dipamerkan dan dapat berkomunikasi dengan persekitaran. Oleh itu, guru-guru perlu
               berpengetahuan luas untuk mengekplorasi KBAT dalam PdPc PSV melalui aplikasi teknologi
               terkini.



               SOROTAN LITERATUR


               Penerapan KBAT dalam pendidikan pada masa ini lebih bersifat komprehensif melibatkan
               tujuh elemen iaitu kurikulum, pentaksiran dan pedagogi dan empat elemen sokong adalah
               kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya.  Kesemuanya untuk

               membudayakan KBAT dalam kalangan guru dan murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum,





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                914
   927   928   929   930   931   932   933   934   935   936   937