Page 931 - e Prosiding Serai 2021
P. 931
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
EKSPLORASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Nor Laila binti Md Zain, Md Nasir bin Ibrahim, PhD
Jabatan Sains Sosial/unit Pendidikan Seni Visual, Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’Razali Ismail
Kuala Nerus, Terengganu
Jabatan Seni dan Reka Bentuk
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Perak.
norlailamdzain73@gmail.com, bistarian2@gmail.com
ABSTRAK
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan elemen penting dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) pendidikan alaf ke-21. Keperluan menerapkan KBAT ini menjadi
dasar utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membentuk murid-murid yang
mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
meneroka kesediaan guru-guru Pendidikan Seni Visual (PSV) mengaplikasikan KBAT dalam
PdPc mereka dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan aplikasi teknologi.
Melalui kajian ini, kaedah-kaedah pengajaran guru melalui penggunaan ICT dalam
menerapkan KBAT dikenal pasti. Kajian ini juga meneroka pemahaman guru-guru PSV
terhadap pengetahuan kandungan pedagogi mereka. Kajian ini berbentuk kualitatif kajian kes
dan data dikumpul melalui temu bual semi struktur, analisis dokumen dan pemerhatian
terhadap empat orang guru PSV di sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan guru-
guru mengetahui kaedah pelaksanaan KBAT yang diperoleh daripada pelbagai sumber
khususnya daripada pihak sekolah. Selain itu, guru-guru menggunakan pelbagai kaedah
mengikut kesesuaian situasi dan kebolehan murid yang dijalankan sama ada di dalam kelas
atau di bilik Seni. Penggunaan pelbagai alat bantu mengajar berbantukan teknologi lebih
memudahkan pengajaran guru dalam usaha menerapkan KBAT. Implikasinya, murid-murid
lebih positif untuk bekerjasama, berupaya menarik minat dan lebih bersikap terbuka. Hal ini
menjadikan pengajaran menjadi lebih lancar. Kesimpulannya, guru-guru perlu menyesuaikan
teknologi mengikut kesesuaian topik, kebolehan murid-murid dan situasi pembelajaran agar
aktiviti PdPc menjadi lebih menyeronokkan dan membuka minda murid-murid.
Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pendidikan Seni Visual, kaedah
pengajaran, aplikasi teknologi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 913

