Page 1033 - e Prosiding Serai 2021
P. 1033

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               METODOLOGI



               Dalam kajian  ini reka  bentuk kajian  tinjauan  dengan  menggunakan  pendekatan kuantitatif
               digunakan. Kajian ini menggunakan soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan protokol
               temu bual bagi menyokong dapatan kajian. Reka bentuk tinjauan menggunakan soal selidik

               adalah alat kajian yang sesuai disebabkan ianya lebih efisien dan boleh membuat generalisasi
               (Cresswell, 2014; Shaughnessy et al., 2014 Nur Maizaitunaini, 2017). Responden kajian terdiri

               daripada guru-guru sekolah yang mengajar mata pelajaran matematik di salah sebuah negeri
               di Malaysia. Persampelan rawak digunakan dalam kajian ini kerana ia merupakan kaedah
               persampelan terbaik (Fraenkel et al., 2012).



                       Instrumen soal selidik PdP abad ke-21 yang diadaptasi daripada Badrul Hisham dan
               Mohd  Nasruddin  (2016)  digunakan  dalan  kajian  ini.  Kajian  rintis  yang  telah  dibuat  bagi

               instrumen ini menunjukkan nilai alpha Cronbach 0.901. Hal ini menunjukkan item soal selidik
               ini  mempunyai  tahap  kebolehpercayaan  yang  tinggi.  Data  soal  selidik  dianalisis  dengan
               menggunakan  perisian  pengaturcaraan  Statistical  Package  for  Social  Sciences  (SPSS)

               version 23.0. Analisis deskriptif dan analisis inferensi digunakan dalam kajian ini. Statistik
               deskriptif yang telibat adalah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai.



               DAPATAN KAJIAN


               Sampel  kajian  terdiri  daripada  226  orang  guru  matematik  di  daerah  Besut  Terengganu.

               Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan bagi menentukan tahap
               amalan PdP abad ke-21. Hasil analisis deskriptif yang dijalankan adalah seperti jadual berikut.



                         Jadual 0.1  Tahap Amalan PdP Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Matematik

                             Skala                       Min       Sisihan      Interpretasi
                                                                    piawai
                             Kemahiran Komunikasi        3.79        0.41          Tinggi
                             Kemahiran Refleksi          3.73        0.37          Tinggi
                             Kemahiran Kolaboratif       3.62        0.45        Sederhana
                             Kemahiran Pentaksiran       3.77        0.33          Tinggi
                             Penyelesaian Masalah        3.99        0.47          Tinggi
                             Kemahiran Teknologi         3.31        0.47        Sederhana
                             Kreativiti                  3.76        0.43          Tinggi
                             Kemahiran Inovasi           3.48        0.51        Sederhana
                             Min Keseluruhan             3.68        0.43          Tinggi








               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1012
   1028   1029   1030   1031   1032   1033   1034   1035   1036   1037   1038