Page 1032 - e Prosiding Serai 2021
P. 1032
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
penguasaan guru dalam pembelajaran koperatif adalah tinggi (Aimi Hafizah, 2017). Guru-guru
matematik tambahan mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap
yang tinggi terhadap kaedah pembelajaran berasaskan masalah (Norkumalasari, 2015).
Guru-guru matematik di sekolah menengah juga menunjukkan keterbukaan dalam menerima
kaedah kolaboratif sebagai salah satu alternatif pedagogi kelas (Murphy, 2016; Sarfo et al.,
2017).
Kajian-kajian terdahulu turut mendapati pengetahuan guru terhadap kemahiran
pentaksiran berada pada tahap tinggi (Aini Hayati et al., 2013), namun guru masih
menghadapi masalah dalam mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi termasuk pemikiran kritis
(Ainol Madziah, 2015). Kajian oleh Mazlini dan Noorfazelawati (2014) mendapati amalan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah guru adalah tinggi. Hasil kajian Muhammad Sofwan et al.
(2015) juga mendapat keputusan yang sama. Walau bagaimanapun, hasil kajiannya turut
mendapati masih terdapat beberapa item dalam amalan kemahiran pentaksiran yang masih
berada di tahap sederhana. Hasil kajian ini bersamaan dengan kajian oleh Ravikumar (2015)
iaitu tahap amalan pentaksiran guru masih berada pada tahap sederhana.
Dalam pada itu kajian yang dijalankan oleh Aljaberi dan Gheith (2016) untuk
menganalisis sama ada calon guru percaya menyelesaikan masalah matematik melibatkan
penggunaan kaedah penyelesaian yang berbeza. Penemuan kajian menunjukkan bahawa
90% calon guru menyatakan bahawa mereka percaya kepentingan menyelesaikan masalah
dengan pelbagai kaedah, 10% menyatakan mereka lebih suka menyelesaikan banyak
masalah dengan satu kaedah dan bukannya menyelesaikan masalah dengan menggunakan
pelbagai kaedah. Kesimpulannya banyak kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji satu
aspek dalam kemahiran amalan PdP abad ke-21 guru.
Oleh kerana itu objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan PdP abad
ke-21 dalam kalangan guru matematik secara lebih menyeluruh. Tahap amalan PdP abad
yang ke-21 yang dikaji adalah kemahiran komunikasi, kemahiran refleksi, kemahiran
kolaboratif, kemahiran pentaksiran, penyelesaian masalah, kemahiran teknologi, kreativiti dan
kemahiran inovasi dalam kalangan guru matematik.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1011

