Page 1031 - e Prosiding Serai 2021
P. 1031
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Daher & Anabousy, 2018; Erdemir & Ingec, 2016). Justeru berbeza daripada kajian terdahulu
kajian ini akan mengkaji semua amalan kemahiran PdP abad ke-21 yang dinyatakan secara
keseluruhannya.
Kajian-kajian terdahulu Effandi et al. (2013), Zainun et al.(2013), Yang (2013),
Nurulhuda (2014), menunjukkan PdP abad ke-21 telah berjaya meningkatkan pencapaian
murid serta menarik minat murid untuk belajar dalam matematik. Pelbagai kajian Lee &
Johnston (2013), Hayatun (2015) dan Azlina (2017) turut mendapati penggunaan teknologi
mampu menarik minat murid untuk mempelajari matematik.
Rentetan daripada dapatan-dapatan tersebut jelas menunjukkan guru matematik perlu
meningkatkan tahap amalan PdP abad ke-21 mereka dalam menarik minat murid mempelajari
matematik. Seterusnya, mengasah minat mereka dalam mengembangkan matematik
sehingga ke alam pekerjaan kelak. Kajian-kajian lepas menunjukkan pelbagai dapatan dalam
melaksanakan hasrat ini. Nasarudin et al. (2014) dalam kajiannya mendapati guru matematik
masih mengamalkan kaedah pengajaran berpusatkan guru. Perkara ini akan mengurangkan
keyakinan murid bagi membangunkan kemahiran penyelesaian masalah. Dapatan ini selari
dengan kajian Saracho (2012) yang mendapati prosedur pengajaran guru masih lagi
berfokuskan kepada kepatuhan, tingkah laku yang baik dan pemikiran tradisional, perkara ini
akan yang menghalang kreativiti murid tersebut.
Kajian oleh Nooraini dan Abdul Halim (2017) yang dijalankan ke atas guru matematik
turut melihat tahap kesediaan guru adalah sederhana dalam aspek kognitif, tingkah laku dan
afektif bagi melaksanakan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah. Kesemua aspek yang dikaji
menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang kuat. Hal ini mengambarkan dalam
melaksanakan PdP abad ke-21, aspek kognitif, tingkah laku dan afektif saling berkait rapat.
Manakala, kajian tentang amalan komunikasi guru matematik oleh Sazwani dan rakan-
rakannya (2013) mendapati amalan komunikasi guru matematik berada pada tahap yang
sederhana pada persepsi murid tetapi berada pada tahap tinggi pada persepsi guru. Dapatan
ini mengambarkan terdapat perbezaan pandangan dari sudut guru dan murid.
Pelbagai kajian Suzlina Hilwani & Jamaludin (2015), Ahmad Rizal (2016), Sarfo
Amankwah & Konin (2017), Siti Zaleha dan Siti Mistima (2017), Ali dan M. Kemal (2018);
Rahayu (2018) telah dilaksanakan bagi mengkaji perihal kemahiran teknologi. Hasilnya
membuktikan tahap pengetahuan penggunaan internet guru adalah tinggi. Tahap dorongan
guru terhadap teknologi maklumat (TMK) dari segi minat adalah positif. Aplikasi guru dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif juga adalah sederhana namun tahap
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1010

