Page 1127 - e Prosiding Serai 2021
P. 1127

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               meningkatkan kemahiran murid untuk membuat penaakulan serta mengamalkan pemikiran
               aras tinggi (Mc Clain & Cobb, 2001; Kirkwood, 2000). Ini menunjukkan bahawa pemanfaatan

               digital  amat  penting  dalam  mendidik  generasi  masa  kini  untuk  melahirkan  suasana
               pembelajaran yang bermakna. TMK dapat membawa pengalaman sebenar ke dalam kelas
               tanpa  menyuruh  pelajar  keluar  dari  kelas,  jadi  pengalaman  sebenar  selain  mewujudkan

               pembelajaran  yang  bermakna  juga  akan  mengembangkan  kemahiran  sosial  (Faslah,  R.,
               2017).

                       KPPB  ialah  pedagogi  yang  menekankan  perkongsian  pembelajaran  baharu  dalam
               kalangan  pelajar  dan    tenaga  pengajar  yang  bertujuan  untuk  mencapai  matlamat
               pembelajaran  yang  mendalam  melalui  akses  digital  (Fullan  &  Langworthy,  2014).  Selari

               dengan perkembangan teknologi pada abad ke-21, perkongsian pembelajaran wujud dalam
               kalangan  pelajar  dan  tenaga  pengajar  adalah  menggunakan  alat  dan  sumber  digital.

               Sehubungan  itu,  pemanfaatan  digital  dalam  KPPB  menggalakkan  pelajar  mencipta
               pengetahuan baharu dan menghubungkannya ke dunia dengan menggunakan alatan digital
               bagi mencapai pembelajaran bermakna.


               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian ini dilakukan secara kajian kes iaitu kaedah pengumpulan data dengan pengkaji sendiri

               turun padang dan melihat sendiri suasana sebenar melalui pemerhatian dan temu bual serta
               data-data dokumentasi berdasarkan keperluan kajian. Data-data yang diperoleh dikumpul dan

               dibentuk menjadi satu pernyataan sebagai hasil kajian.

               Sampel Kajian dan Pengumpulan Data

               Sampel kajian melibatkan pensyarah dan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
               (PISMP)  yang  menjalani  pengajian  di  sebuah  Institut  Pendidikan Guru Kampus  (IPGK)  di
               Kuala Lumpur.  Sebuah kampus yang dipilih menjadi rintis pelaksanaan KPPB pada tahun

               2019  dan  dilaksanakan  sepenuhnya  pada  tahun  2020  seterusnya  2021.  Maklumat  yang
               didapati  melalui  kajian  kes  ini  adalah  bersifat  semasa  dan  sesuai  untuk  digunakan  bagi
               menghuraikan bagi tempoh kajian dilakukan.


               DAPATAN KAJIAN


               Objektif  1:  Mengenalpasti  pelaksanaan  KPPB  dilaksanakan  dalam  Pengajaran  dan
               pembelajaran.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1105
   1122   1123   1124   1125   1126   1127   1128   1129   1130   1131   1132