Page 1125 - e Prosiding Serai 2021
P. 1125
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
strategik bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar IPG dan pensyarah dalam
melaksanakan KPPB. Hasil kajian juga dapat menyediakan program pengajian yang
bermakna untuk guru pelatih semasa tempoh latihan di IPG dan selanjutnya apabila
ditempatkan di sekolah-sekolah sebagai guru permulaan.
Bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang berfungsi melatih siswa guru, dapatan kajian
ini dapat menjadi satu panduan untuk merancang proses PdP yang lebih bermakna dan
relevan untuk membekalkan tenaga guru dalam era RI4.0. Kajian ini juga boleh membantu
IPG membina amalan latihan yang bersesuaian untuk siswa guru dengan amalan KPPB yang
bersifat interdisiplin. Selain itu, pihak IPG juga boleh meningkatkan kualiti guru yang
dikeluarkan berasaskan pembelajaran yang lebih bermakna dan menyedia guru yang lebih
profesional bersifat multidisiplin sesuaii dengan era RI4.0.
Skop dan batas kajian
Kajian ini hanya dilaksanakan di IPG Kampus Bahasa Melayu yang merintis KPPB pada tahun
2019 dan melaksanakan sepenuhnya pada tahun 2020 hingga kini. Fokus kajian hanya
tertumpu kepada perbezaan amalan sebelum dan selepas iiperkenalkan KPPB.
TINJAUAN LITERATUR
Pembelajaran Bermakna
Mengikut Ausubel pembelajaran bermakna tidak menekankan proses menghafal tetapi
pembelajaran bermakna menjadikan pelajar meneroka ilmu baharu dan mengaplikasikan ilmu
yang diperoleh (Nur Rahmah, 2013). Peranan tenaga pengajar ialah mengembangkan potensi
pelajar untuk membolehkan belajar secara bermakna dengan ilmu yang relevan. Selain itu
pembelajaran bermakna akan kekal lebih lama dalam ingatan. Pembelajaran bermakna ini
adalah lebih penting untuk diamalkan dalam institusi latihan perguruan.
Kapasiti Pedagogi pembelajaran Bermakna (KPPB)
Pendidikan abad ke-21 ditekankan dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu
hasrat utama ialah untuk melonjakkan pencapaian murid melalui pendekatan baharu.
Penekanan terhadap pembangunan pendidikan abad ke-21 ialah berfikiran kritis dan kreatif
dan perkembangan sahsiah yang holistik (KPM, 2013). Justeru, bagi memenuhi keperluan
tersebut terlebih dahulu inisiatif melahirkan guru yang bersifat kreatif dan kritis perlulah
menjadi salah satu keutamaan.
Fullan, M. & Langworthy, M. (2013), pedagogi baharu untuk pembelajaran bermakna
merupakan salah satu usaha perkongsian global bertujuan memperbaharui matlamat untuk
pendidikan dan pembelajaran, termasuk kemahiran yang menyediakan pelajar untuk menjadi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1103

