Page 1152 - e Prosiding Serai 2021
P. 1152

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               penonton,  dan  beliau  juga  tidak  pasti  intonasi  yang  sesuai  apabila  melakukan  rakaman
               lakonan secara sendirian.


               Kerjasama Pasukan
               Dapatan menunjukkan bahawa siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.82 dalam memupuk

               kerjasama  pasukan  semasa  melakukan  pementasan  drama  secara  dalam  talian.  Data  ini
               disokong oleh dapatan kualitatif yang menyatakan bahawa mereka mampu memupuk nilai

               kerjasama  semasa  melakukan  persediaan  serta  pementasan  drama  secara  dalam  talian
               dengan berbincang dan membahagikan tugasan bagi menghasilkan satu rakaman video yang
               baik  dan  berkualiti.  Siswa  guru  juga  menyatakan  mereka  mengetahui  kelebihan  dan

               kemahiran  ahli  pasukan  ketika  mereka  melakukan  tugasan  bersama.  Dapatan  ini  turut
               disokong  oleh  Lin (2015)  yang melaporkan  drama mampu memupuk kerjasama  pasukan.

               Walau  bagaimanapun,  disebabkan  ahli  kumpulan  tidak  dapat  berkumpul  bersama  dan
               terpaksa  merakam  video  secara  berasingan,  tidak  wujud  kerjasama  antara  sebahagian
               mereka dalam penghasilan drama.


               Memupuk Kreativiti
               Dapatan menunjukkan bahawa siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.62 dalam memupuk

               kreativiti semasa melakukan pementasan drama dalam talian. Dapatan ini seiring dengan
               kajian Davis dan Behn (1978) yang melaporkan drama mampu membina kreativiti pelajar.
               Data ini juga disokong oleh dapatan kualitatif yang menunjukkan bahawa siswa guru mampu

               untuk  memupuk  nilai  kreativiti  semasa  melakukan  persediaan  serta  pementasan  drama
               secara  dalam  talian  seperti  mempelajari  cara  menyunting  video  persembahan  kumpulan

               mereka.    Siswa    guru   juga   berjaya    menerokai    aplikasi-aplikasi   baharu   yang
               membolehkan    mereka  menyunting  video  kumpulan  mereka  dengan  lebih  kreatif  serta
               berkualiti. Siswa guru juga mengatakan bahawa mereka dapat mempelajari cara membuat

               kostum  serta  menyediakan  peralatan  untuk  watak  yang  mereka  perlu  lakonkan.  Namun
               begitu,  terdapat  sebilangan  siswa  guru  yang  tidak  bersetuju  bahawa  pementasan  drama

               secara dalam talian dapat memupuk kreativiti mereka kerana mereka terpaksa merakam dan
               menyunting video secara berasingan. Oleh yang demikian, hasil rakaman yang telah disunting
               tidak memuaskan hati mereka kerana tidak mencapai tahap kreativiti yang mereka harapkan.


               Tahap Kepuasan Pelaksanaan Pementasan Drama Dalam Talian
               Jadual 4 di bawah menunjukkan dapatan min bagi tahap kepuasan pelaksanaan pementasan

               drama secara dalam dalam talian.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1130
   1147   1148   1149   1150   1151   1152   1153   1154   1155   1156   1157