Page 1151 - e Prosiding Serai 2021
P. 1151

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Jadual 3:
               Min Keberkesanan Pementasan Drama Secara Dalam Talian

                    MIN KEBERKESANAN PEMENTASAN DRAMA SECARA DALAM
                                                 TALIAN
                                                N        Min          Sisihan piawai

                Meningkatkan Keyakinan         50        4.58              .702

                Aplikasi Teknik Drama          50        4.61             .43830

                Kerjasama Pasukan              50        4.82             .34641
                Memupuk Kreativiti             50        4.62             .51292

                          Valid N (listwise)   50


               Meningkatkan Keyakinan

               Dapatan  menunjukkan  siswa  guru  mencapai  min  tinggi  iaitu  4.58  dalam  meningkatkan
               keyakinan diri semasa melakukan pementasan drama secara dalam talian. Data ini disokong
               oleh  dapatan  kualitatif  yang  menyatakan  siswa  guru  dapat  mengurangkan  rasa  gementar

               berhadapan dengan penonton apabila melakukan pementasaan drama secara dalam talian.
               Dapatan  ini  selari  dengan  kajian  Ashton-Hay  (2005)  dan  Fuentes  (2010)  yang mendapati

               drama mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar. Namun demikian, terdapat seorang siswa
               guru menyatakan pelaksanaan drama secara dalam talian tidak mampu membina keyakinan
               diri kerana beliau tidak mempunyai penonton sebagai pembakar semangat untuk mendalami

               watak yang dipegang. Terdapat juga seorang responden lain menyatakan beliau mempunyai
               keyakinan diri yang rendah dan gementar berada di pentas dan berharap kursus ini dapat
               membantunya  mengatasi  krisis  ini.  Walaubagaimanapun,  siswa  guru  itu  berpendapat

               sekiranya kerja kursus pementasan drama ini terus dilakukan secara dalam talian, ia akan
               gagal untuk membantu meningkatkan keyakinan dalam dirinya. Harapan responden ini seiring
               dengan pendapat Fuentes (2010) yang mengatakan drama mampu meningkatkan keyakinan

               diri pelakon apabila pelakon boleh bersembunyi di sebalik karektor yang dibawa.


               Aplikasi Teknik Drama
               Data menunjukkan bahawa siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.61 dalam mengaplikasikan
               teknik drama semasa melakukan pementasan drama secara dalam talian. Data ini disokong

               oleh dapatan kualitatif yang menyatakan bahawa siswa guru mampu untuk mengaplikasikan
               teknik drama seperti membuat kostum walaupun dalam kekangan pandemik dan terdapat

               siswa guru menyatakan mampu mendalami watak yang dipegang kerana boleh mengulangi
               rakaman lakonan sebanyak yang mungkin. Namun, terdapat juga siswa guru menyatakan
               sukar untuk untuk mendalami watak kerana perlu berdialog seorang diri tanpa watak lain dan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1129
   1146   1147   1148   1149   1150   1151   1152   1153   1154   1155   1156