Page 1149 - e Prosiding Serai 2021
P. 1149
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
masing-masing. Namun, ketika persembahan berlangsung, mereka perlu memakai pelitup
muka dan memastikan sebutan mereka jelas dan mengekalkan penjarakan sosial bagi
mengekang wabak COVID-19. Dengan memakai pelitup muka, pelajar menyatakan mereka
tidak perlu risau tentang ekspresi muka yang mereka lakukan ketika berlakon. Mereka juga
dapat menghilangkan rasa gemuruh ketika berada di hadapan khalayak ramai dan ini secara
tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.
Kesimpulannya, kajian lepas mendapati terdapat cabaran dan kebaikan dalam
melaksanakan kelas dan pementasan drama secara dalam talian. Namun, impak pementasan
drama sama ada secara dalam talian atau fizikal tidak dapat dinafikan memberi kesan yang
positif dalam diri pelajar.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan teknik kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan dapatan kajian.
Satu tinjauan telah dibuat melalui Google Form telah dilaksanakan bagi mengumpul dapatan
kajian. Tinjauan itu mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A mengumpul data
demografi responden, Bahagian B mempunyai 17 pernyataan yang mengaplikasikan 5 skala
Likert untuk mengetahui min keberkesanan pelaksanaan pementasan drama secara dalam
talian dan tahap kepuasan responden dalam melaksanakan pementasan drama Kursus
TSL1064 secara dalam talian. Manakala Bahagian C mengumpul dapatan kesanggupan
responden untuk meneruskan pementasan drama secara dalam talian bagi semester akan
datang dan Bahagian D mengandungi satu soalan subjektif yang mengumpul dapatan
kualitatif untuk menyokong dapatan kuantitatif kajian ini. Pemilihan sampel bagi kajian ini
adalah berdasarkan Jadual Persampelan Krecjie dan Morgan (1970) yang mencadangkan
kajian ini mempunyai 50 orang sampel bagi jumlah populasi (N = 57). Sampel kajian
merupakan siswa guru Persediaan Kursus Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
Kedua (TESL) yang menuntut di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail ambilan Jun 2020.
Dapatan data bagi Bahagian A iaitu data demografi dan data Bahagian C iaitu
kesanggupan responden untuk meneruskan pementasan drama secara dalam talian untuk
semester akan datang dianalisis secara statistik deskriptif dibantu perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS) versi 26 dengan mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Data
Bahagian B yang mengumpul dapatan keberkesanan pelaksanaan pementasan drama
Kursus TSL1064 secara dalam talian dan tahap kepuasan responden dalam melaksanakan
pementasan drama Kursus TSL1064 secara dalam talian juga dianalisis secara statistik
dibantu perisian yang sama bagi mendapat nilai min. Manakala, data Bahagian D dianalisis
menggunakan teknik pengekodan bertema untuk menyokong dapatan B.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1127

