Page 1154 - e Prosiding Serai 2021
P. 1154

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               intonasi yang tepat dan mendalami watak di dalam persembahan drama secara dalam talian.
               Di  samping  itu,  mereka  juga  dapat  menyerlahkan  bakat  ataupun  potensi  dalam  bidang

               lakonan secara dalam talian melalui kursus ini. Namun begitu, terdapat juga siswa guru yang
               menghadapi kesukaran dalam mengaplikasikan teknik-teknik drama secara dalam talian ini
               disebabkan oleh ketiadaan penonton yang telah menjejaskan mereka untuk mendalami dan

               menghayati watak masing-masing dengan lebih baik.


               Aplikasi Kandungan Kursus TSL1064
               Dapatan  menunjukkan  siswa  guru  mencapai  min  tinggi  iaitu  4.74  dalam  tahap  kepuasan
               mengaplikasikan  kandungan  Kursus  TSL  1064.  Ini  menunjukkan  responden  berpuas  hati

               dapat mengaplikasikan ilmu kandungan kursus ini semasa melakukan pementasan drama
               secara  dalam  talian.  Dapatan  ini  disokong  dengan  dapatan  kualitatif  yang  menyatakan

               responden    masih  dapat  mempraktikkan  ilmu  lakonan  yang  dipelajari  dalam  kandungan
               kursus TSL1064.


               Hasil Pementasan Drama Dalam Talian
               Dapatan menunjukkan siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.40 dalam tahap kepuasan hasil
               pementasan  drama  dalam  talian  yang  mereka  lakukan.  Hal  ini  disokong  dengan  dapatan

               kualitatif yang merekodkan siswa guru sangat berpuas hati dengan hasil pementasan drama
               kerana  dapat  melakukan  persediaan  rapi  sebelum  rakaman  dilakukan.  Siswa  guru
               mengatakan  bahawa  mereka  berasa  tidak  tertekan  untuk  melakukan  persediaan  seperti

               menghafal  skrip  dan  melakukan  raptai  kerana  ianya  boleh  dilakukan  pada  bila-bila  masa
               sahaja. Oleh itu, mereka dapat menyempurnakan tugasan pementasan dengan jayanya dan

               rata-rata siswa guru berpuas hati dengan hasil kerja yang mereka lakukan. Namun begitu,
               kebanyakan siswa guru berharap agar pementasan dapat dilakukan secara fizikal agar dapat
               mengaplikasikan ilmu dan teknik pementasan drama secara bersemuka dan mereka dapat

               menimba pengalaman pementasan drama yang sebenar.

               Kesediaan Meneruskan Pementasan Secara Dalam Talian

               Jadual  5  di  bawah  menunjukkan  peratus  kesanggupan  responden  untuk  meneruskan
               pementasan drama secara dalam talian bagi semester akan datang.










               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1132
   1149   1150   1151   1152   1153   1154   1155   1156   1157   1158   1159