Page 1172 - e Prosiding Serai 2021
P. 1172

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                               Jadual dan rajah di atas menunjukkan bahawa pencapaian peserta kursus dalam
                ujian kemahiran menulis yang paling tinggi ialah 86 peratus iaitu seramai 3 orang manakala

                yang  paling  rendah  ialah  24  peratus.  Keputusan  Ujian  1 memperlihatkan  hanya  3  orang
                peserta memperoleh gred A, 9 peserta memperoleh gred B dan 2 peserta lagi memperoleh
                gred  C.  Manakala  dalam  Ujian  2  pula  seramai  1  orang  peserta  memperoleh  gred  A,    8

                peserta memperoleh gred B dan 5 peserta lagi memperoleh gred C.
                .

                            Analisis  ke atas keputusan yang diperoleh oleh 14 orang peserta  berdasarkan Ujian
                1 dan Ujian 2 mendapati kesemua 14 orang peserta tersebut memperlihatkan keputusan
                yang tidak sama berdaraskan jenis penulisan yang diambil. 1 orang peserta iaitu peserta 12

                memperoleh  peringkat  A  bagi  kedua-dua  ujian  yang  dilaksanakan.  Keputusan  ujian
                penulisan menunjukkan ada topik yang dikuasai dengan baik oleh peserta dan ada topik

                yang  kurang  menyerlah.  Hal  ini  membuktikan  kebanyakan  peserta  kurang  idea  untuk
                mengembangkan  isi  penulisan  dengan  baik.  Justeru  kemahiran  menulis  sememangnya
                menitikberatkan  pencapahan  idea  dalam  kalangan  peserta.  Karangan  berbentuk  kreatif

                kurang dikuasai oleh peserta. Berdasarkan maklumat umum pencapaian peserta sebelum
                ini tidak menunjukkan aras tahap pencapaian yang sama. Julat perbezaan kalangan antara
                peserta menunjukkan pola yang sedemikian.


                PERBINCANGAN
                Instrumen yang dibangunkan berdasarkan pengujian kemahiran menulis berdasarkan Tahap

                5  Cekap  KSBM.  Dua  set  ujian  dibangunkan  dengan  pembahagian  soalan  terbuka  dan
                tertutup,  Bahagian  A  diperuntukkan  30  minit  dengan  soalan  terbuka  yang  mengandungi

                bahan rangsangan gambar dan frasa kata idea utama manakala Bahagian B soalan tertutup
                dengan penulisan berbentuk format dan kreatif.
                          Bagi  soalan  Ujian  Set  A  Bahagian  A  (Lampiran  1)    berdasarkan  soalan  yang

                menyediakan  bahan  rangsangan  dan  frasa  idea  utama  hanya  ada  lima  peserta  yang
                memperoleh markah cemerlang iaitu dalam pemeringkatan 26-30.       Manakala bagi soalan

                Ujian Set A Bahagian B hanya dua orang yang memperoleh markah cenerlang iaitu dalam
                skala  56-70.  Manakala  dua  orang  peserta  yang  memenuhi  rubrik  (Lampiran  3)  skala
                cemerlang bagi kedua-dua ujian bagi Set A.
                          Ujian bagi Set B Bahagian A (Lampiran 2) pula menunjukkan hanya empat peserta

                yang memperoleh markah dalam skala cemerlang namun untuk Set B Bahagian B tiada
                seorang peserta yang dapat dikategorikan dalam kumpulan cemerlang.









               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1150
   1167   1168   1169   1170   1171   1172   1173   1174   1175   1176   1177