Page 1169 - e Prosiding Serai 2021
P. 1169
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis berasaskan Kerangka
Standard Bahasa Melayu (KSBM) dalam kalangan guru bukan opsyen Bahasa
Melayu?
2. Bagaimanakah kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis berasaskan Kerangka
Standard Bahasa Melayu (KSBM) terhadap tahap pencapaian guru bukan opsyen
Bahasa Melayu?
3. Sejauh manakah potensi kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis berasaskan
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) terhadap tahap pencapaian guru bukan
opsyen Bahasa Melayu?
METODOLOGI
Kajian ini merupakan penyelidikan kaedah gabungan. Kajian ini menggunakan Reka bentuk
Urutan Penjelasan (Sequential Explanatory Design) (Creswell, 2012). Menurut Creswell
(2012) reka bentuk Urutan Penjelasan adalah salah satu reka bentuk penyelidikan gabungan
iaitu gabungan antara kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji memulakan kajian kuantitatif dahulu
dan diikuti dengan kajian kualitatif Setiap satu kutipan data dan analisis data dilakukan secara
terpisah tetapi disatukan semasa membuat interpretasi data-data kajian sebelum membuat
laporan kajian.
Pengumpulan data terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama adalah data
kuantitatif. Kemudiannya diikuti dengan kutipan data kualitatif. Kutipan data kuantitatif
menggunakan Borang Soal Selidik Kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis Berasaskan
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM)) kepada guru-guru bukan opsyen yang mengajar
bahasa Melayu . Manakala kutipan data kualitatif adalah melalui instrumen ujian bertulis yang
dibina berasaskan Tahap Cekap Aras 1.
Analisis data kualitatif dan data kuantitatif dilakukan secara terpisah tetapi disatukan
semasa membuat interpretasi data-data kajian sebelum membuat laporan kajian. Data-data
kuantitatif dianalisis dan penganalisisan data kualitatif pula dilakukan secara serentak dan
interaktif. Setelah pengkaji memungut data kualitatif, pengkaji membuat transkripsi nota-nota
lapangan. Seterusnya, pengkaji menganalisis keseluruhan data bagi mendapatkan gambaran
secara keseluruhan. Pengkaji membuat pengekodan ke atas data bagi melihat deskripsi dan
tema-tema yang digunakan dalam laporan kajian. Proses menentukan lapisan tema-tema dan
saling perkaitan antara tema-tema atau kategori turut dilakukan. Penganalisisan ini adalah
berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah disediakan oleh pengkaji.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1147

