Page 1190 - e Prosiding Serai 2021
P. 1190
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Landskap pendidikan terutamanya dari sudut Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) telah
berubah ekoran pandemik Corona Virus Disease 2019 (COVID-19). Hasilnya, PdPc
konvensional yang dahulunya berteraskan kepada pembelajaran di dalam kelas secara
bersemuka telah digantikan dengan kaedah PdPc secara dalam talian sepenuhnya.
Kebanyakan universiti tempatan baik awam mahupun swasta termasuk sekolah-sekolah di
Malaysia tiada pilihan lain dengan menggunakan kaedah PdPc secara maya bagi memastikan
silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak
ditangguhkan (Mohd Idham, 2020).
Pembelajaran dalam talian berkait rapat dengan kemahiran dan kepakaran
pengurusan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) seseorang guru. Hal ini kerana untuk
mengendalikan sesebuah kelas secara dalam talian dengan lancar, seseorang guru harus
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas tentang pelbagai pelantar pembelajaran
dalam talian seperti Google Classroom, Google Meet, Meeting Zoom, Telegram, Whatsapp
dan banyak lagi medium yang berkaitan yang merupakan salah satu cabang dalam TMK.
Semua perkara ini memaksa guru-guru untuk sentiasa bersedia dengan ilmu dan kemahiran
tersebut. Namun persoalan yang timbul adakah siswa guru yang bakal menjalani praktikum
telah bersedia untuk mengendalikan PdPc secara dalam talian.
Siswa guru praktikum bakal menghadapi banyak cabaran sewaktu menjalankan
pembelajaran dalam talian sama ada cabaran tersebut datang daripada pihak guru itu sendiri
mahupun daripada pihak murid-muridnya. Meskipun sebahagian pensyarah dan pelajar
pernah menggunakan aplikasi-aplikasi pembelajaran secara dalam talian, tetapi masih
terdapat cabaran besar dalam pelaksanaannya (Rana, Rajiv, dan Lal 2014). Antara contoh
masalah utama terhadap siswa guru praktikum ialah mereka yang berada di kawasan
pedalaman yang kebolehcapaian Internetnya rendah dan tidak stabil. Ketidakstabilan capaian
Internet menyebabkan proses PdPc terganggu seperti tidak dapat menyediakan pelantar
dalam talian bagi tujuan PdPc, tidak dapat memuat naik bahan pembelajaran, dan tidak dapat
berkomunikasi dengan murid-murid bagi tujuan pembelajaran bersemuka. Kesannya amat
besar terhadap pencapaian siswa guru praktikum sewaktu penilaian hendak dilakukan oleh
para pensyarah. Sudah pasti mereka yang dapat menyediakan pengajaran dalam talian tanpa
masalah Internet dapat memberikan persembahan pengajaran yang terbaik dan dapat
memperoleh markah cemerlang.
Cabaran yang bakal dihadapi oleh para siswa guru ini mungkin juga menguji emosi
dan sikap mereka sewaktu berpraktikum. Kajian Jung, Kudo, dan Choi (2012) menjelaskan
bahawa pelajar yang melalui proses pembelajaran secara dalam talian menghadapi masalah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1168

