Page 1191 - e Prosiding Serai 2021
P. 1191

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               berkaitan aspek psikologi seperti kebimbangan dan tekanan perasaan. Hal ini kerana jika
               dahulunya siswa guru praktikum dapat mengaplikasikan sesuatu ilmu secara praktikal kepada

               murid-murid di sekolah, namun kini agak sukar untuk mengaplikasikan pengetahuan serta
               teori yang siswa guru pelajari selama ini. Sebagai contoh, kawalan kelas bagi pembelajaran
               di  sekolah  dapat  dilaksanakan  dengan  sebaik  mungkin,  namun  kini  kawalan  kelas  hanya

               berlaku  di  alam  maya  tanpa  bersemuka  dan  perkara  yang  lebih  mencabar  ialah  sesi
               pengenalan  antara  murid-murid  dengan  siswa  guru  praktikum  sudah  pasti  tidak  berlaku

               seperti yang diharapkan. Oleh yang demikian, sekiranya para siswa guru tidak menguruskan
               emosi dan sikap mereka dengan baik, sudah pasti rasa serabut dan tertekan dengan beban
               kerja akan wujud dan akhirnya menjejaskan proses latihan praktikum tersebut. Sehubungan

               dengan itu, setiap siswa guru yang berpraktikum seharusnya mempunyai persediaan bagi
               menghadapi norma baharu dalam pendidikan yang sekarang ini mewajibkan pembelajaran

               secara  dalam  talian.  Oleh  itu,  para  siswa  guru  juga  harus  mempunyai  kepakaran  dalam
               menguruskan TMK kerana menurut Dhawan (2020) dalam kajiannya menyatakan bahawa
               kaedah pembelajaran secara dalam talian banyak dipengaruhi oleh teknologi. Dengan kata

               lainya, pemilihan teknologi canggih yang tepat akan memberikan kesan pembelajaran yang
               lebih baik kepada murid.
                      Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui tentang tahap pengetahuan

               dan kesediaan  pelajar  di  IPG  Kampus  Dato  Razali  Ismail Terengganu menjalankan  PdPc
               dalam talian sewaktu praktikum. Antara objektif kajian ini dilaksanakan adalah seperti berikut:
                 i.    Mengenal pasti kesediaan tahap pengetahuan siswa guru di Institut Pendidikan Guru

                       Kampus  Dato’  Razali  Ismail  Opsyen  Bahasa  Melayu  Ambilan  Jun  2018  dalam
                       menjalankan PdPc dalam talian sewaktu praktikum.

                 ii.   Mengenal pasti kesediaan tahap kemahiran siswa guru di Institut Pendidikan Guru
                       Kampus  Dato’  Razali  Ismail  Opsyen  Bahasa  Melayu  Ambilan  Jun  2018  dalam
                       menjalankan PdPc dalam talian sewaktu praktikum.

                iii.   Mengenal pasti kesediaan tahap sikap siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus
                       Dato’ Razali Ismail Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018 dalam menjalankan

                       PdPc dalam talian sewaktu praktikum.
                iv.    Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan
                       sikap mengikut faktor demografi jantina, tempat dan bilangan unit.


               TINJAUAN LITERATUR

               Terdapat kajian yang mempunyai kaitan dengan kajian ini. Antaranya kajian yang dilakukan

               oleh  Jung,  Kudo,  dan  Choi  (2012)  menjelaskan  bahawa  pelajar  yang  melalui  proses
               pembelajaran  secara  dalam  talian  menghadapi masalah  berkaitan  aspek  psikologi  seperti



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1169
   1186   1187   1188   1189   1190   1191   1192   1193   1194   1195   1196