Page 1203 - e Prosiding Serai 2021
P. 1203

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               bahawa  tiga  konstruk  terbaik  dalam  kajian  pemikiran  kritis  adalah;  membuat  kontras,
               menganalisis,  dan  mengenal  pasti  sebab  dan  akibat.  Oleh  itu,  dapat  ditafsirkan  bahawa

               pelajar yang dapat berfikir secara kritis pasti akan menguasai ketiga-tiga konstruk ini. Oleh
               itu, penguasaan pemikiran kritis boleh dikaitkan dengan kemahiran berfikir yang lebih tinggi
               (HOTS).



               OBJEKTIF KAJIAN


               Kajian ini bertujuan untuk mengesan tahap kefahaman pensyarah membina tugasan kerja
               kursus  menggunakan  kaedah  Kapasiti  Pedagogi  Pembelajaran  Bermakna  (KPPB).  Fokus
               kajian ini mencakupi empat objektif kajian antaranya

                   1.  Tahap Kefahaman pensyarah membina tugasan kerja kursus menggunakan kaedah
                       KPPB.

                   2.  Tahap  kefahaman  pensyarah  menentukan  elemen  6C  yang  diharapkan  diperoleh
                       pelajar setelah melaksanakan kerja kursus yang digabungkan.
                   3.  Tahap  kefahaman  pensyarah  dalam  menetapkan  pelan  pembelajaran  untuk

                       dilaksanakan oleh pelajar.
                   4.  Hubungan antara kekerapan menyertai bengkel dan membuat tugasan kerja kursus
                       dengan kefahaman pensyarah dalam membina tugasan kerja kursus menggunakan

                       kaedah KPPB.

               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian  ini  menggunakan  kaedah  tinjauan.  Instrumen  soal  selidik  dengan  lima  skala  Likert
               digunakan  untuk  melihat  tahap  kefahaman  pensyarah  membina  tugasan  kerja  kursus

               menggunakan kaedah KPPB. Instrumen kajian diedarkan secara atas talian menggunakan
               google form. Instrumen kajian terdiri daripada dua bahagian utama iaitu Bahagian A iaitu latar
               belakang sampel dan Bahagian B tentang kefahaman pensyarah terhadap cara membina

               tugasan  kerja  kursus  yang  mengandungi  23  item.  Instrumen  kajian  ini  mempunyai  nilai
               kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.98 iaitu sangat baik dan boleh digunakan dalam kajian
               ini.  Sampel  kajian  terdiri  daripada  75  orang  pensyarah  yang  terdiri  daripada  pelbagai

               latarbelakang akademik dan pelbagai bidang pengkhususan pendidikan telah menjawab soal
               selidik yang diedarkan.

                       Data kajian yang diperoleh daripada set soal selidik dianalisis menggunakan perisian
               SPSS  versi  23.0.  Kaedah  analisis  data  yang  digunakan  iaitu  kaedah  statistik  deskriptif.
               pengkaji  menggunakan  interpretasi  skor  min  yang  telah  digunakan  oleh  Nunnaly  dan

               Bernstein  (1994)  seperti  ditunjukkan  pada  Jadual  1  untuk  menjelaskan  tahap  kefahaman



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1181
   1198   1199   1200   1201   1202   1203   1204   1205   1206   1207   1208