Page 1204 - e Prosiding Serai 2021
P. 1204

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pensyarah. Manakala, statistik inferensi (Pearson) digunakan untuk menerangkan hubungan
               antara kekerapan menyertai bengkel KPPB dan kekerapan membina soalan tugasan kerja

               kursus.  Bagi mentafsirkan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji, pengkaji
               menggunakan  cadangan  Joseph  et  al.  (1997)  iaitu  bawah  0.10  (lemah);  0.10-0.30
               (sederhana) dan 0.30 ke atas (kuat).

                               Jadual 1  Tahap Kefahaman Pembinaan Kerja Kursus (Min)

                                     1.00-2.00    2.01-3.00    3.01-4.00    4.01-5.00
                                     Rendah      Sederhana  Sederhana        Tinggi
                                                   Rendah        Tinggi
                                         Sumber: Nunnaly and Bernstein (1994).

               DAPATAN KAJIAN.

               Dapatan kajian mendapati semua item berada pada tahap 3 (sederhana tinggi) dan 4 (Tinggi)
               iaitu 8/23 (34.7%) item berada pada tahap sederhana tinggi dan 15/23 (65.3%) item berada

               pada tahap tinggi. Julat min ialah antara min 3.78 hingga 4.50. 17 item berada pada min 3.9
               hingga 4.1, iaitu antara faham dan sangat faham. Tiada item yang berada pada tahap sangat

               tidak faham dan tidak faham. Dapatan ini menunjukkan pensyarah-pensyarah di IPGKDRI
               mempunyai  tahap  kefahaman  yang  tinggi  dalam  merancang  dan  membina  tugasan  kerja
               kursus pelajar menggunakan kaedah KPPB.

                       Dapatan kajian kedua iaitu tahap kefahaman pensyarah menentukan elemen 6C yang
               diharapkan diperoleh pelajar setelah melaksanakan kerja kursus yang digabungkan. Dapatan
               menunjukkan nilai purata skor min dan min ialah 24.24 (s.p 4.37) dan 4.03 (s.p 0.72) iaitu

               pada tahap tinggi.






                              Jadual 2  Analisis Min Kefahaman Pensyarah Menentukan Elemen 6C

                                                                                                Std.
                                                  N   Minimum  Maximum          Mean         Deviation
                        Skor 6C                   75      12.00      30.00        24.2400        4.37388
                        Min 6C                    75       2.00       5.00         4.0395         .72878
                        Valid N (listwise)          0


                       Dapatan kajian ketiga ialah tahap kefahaman pensyarah dalam menetapkan pelan
               pembelajaran untuk dilaksanakan oleh pelajar. Dapatan menunjukkan nilai purata skor
               min dan min ialah 28.50 (s.p 5.50) dan 4.01 (s.p 0.78) iaitu pada tahap tinggi.





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1182
   1199   1200   1201   1202   1203   1204   1205   1206   1207   1208   1209