Page 1223 - e Prosiding Serai 2021
P. 1223

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Kesimpulan Kajian

               Berdasarkan  kajian  kemahiran  membaca  bahasa  Melayu  pelajar  tingkatan  5    Sekolah

               Menengah  Nuruddin,  Daerah  Takbai,  Narathiwat.  Kajian  ini  memberi  tumpuan  untuk
               mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar tidak minat membaca buku bahasa

               Melayu.  Kaedah  tinjauan  dalam  kajian  telah  dipakai.  Secara  sampel  rawak  mudah  telah
               diambil sebagai bilangan responden ialah 40 orang responden pelajar tingkatan 5  Sekolah
               Menengah  Nuruddin  kemudian.  Penyelidik  terdapat  bahawa  peningkatan  pelajar  dalam

               kemahiran membaca dan pemantapan proses pembelajaran bahasa Melayu pelajar tingkatan
               5 Sekolah Menengah Nuruddin ada pengaruh dialek Melayu Patani sama ada pelajar dan
               guru  dalam  proses  pembelajaran  dan  pengajaran  di  dalam  bilik.  Di  samping  itu,  untuk

               memenuhi kepentingan membaca dari kalangan pelajar pada masa sekarang ini guru sekolah
               juga  sememangnya  mesti  memainkan  peranan  penting  untuk  menggalak  pelajar-pelajar
               cenderung membaca buku-buku bahasa Melayu, harus memberi peluang untuk membantu

               mengiktiraf kebolehan mereka dan kesedaran para pelajar terhadap pembelajaran koperatif
               masih kurang. Maka dorongan dan galakkan dari guru amat diperlukan. Walau bagaimanapun

               kajian  ini  dijalankan  bermotif  untuk  memperlihatkan  kecenderungan  membaca  buku  di
               kalangan pelajar Sekolah Nuruddin agar pengkaji dapat memotivasikan pelajar dan melihat
               permasalahan minat membaca sebagai asas tangga menuju hidup yang lebih cemerlang.


               Syor Cadangan Kajian

               Implikasi  kajian  ini  mencadangkan  supaya    menggalakkan  pelajar  menguasai  kemahiran
               membaca.  Secara  umumnya  masyarakat  Melayu  selatan  Thailand  tidak  begitu  minat
               membaca terutamanya buku bahasa Melayu sama ada tulisan jawi dan rumi. Guru perlu diberi

               pendedahan yang lebih dalam mencari dan dorong pelajar supaya memupuk sikap minat
               membaca  dan  harus  memberi  peluang  untuk  membaca  sepenuhnya.  Ini  kerana  masalah
               utama  pelajar  dalam  kajian  ini  adalah  dalam  menyesuaikan  persekitaran  yang  amat

               mencabar, halangan keupayaan serta tumpuan belajar bahasa Melayu berbandingan bahasa
               Melayu dialek Patani atau bahasa Thai justeru itu mengadakan aktiviti bahasa Melayu untuk
               kemahiran membaca mestilah fleksibel. Bergantung pada aktiviti sekiranya mengatur masa

               dengan betul kerana sesetengah pelajar mungkin mengambil lebih banyak masa daripada
               yang ditentukan. Oleh itu, pengajaran aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran membaca

               buku mestilah beragam dan membolehkan para pelajar mengambil bahagian.



               RUJUKAN

               Abdul  Aziz  Abd.  Talib.  (2007).  Pedagogi  Bahasa  Melayu:  Prinsip,  kaedah  dan  teknik.
                       Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.     Bhd.

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1201
   1218   1219   1220   1221   1222   1223   1224   1225   1226   1227   1228